Pages

Wednesday 8 July 2015

Petanda baik untuk parti baharu - Mat Sabu Menang!

Khamis, 8 Julai 2015

Kes Bukit Kepong: Mat Sabu Menang!


Mat Sabu bebas tuduhan memfitnah polis Bukit Kepong

Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini membebaskan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang dituduh memfitnah polis Bukit Kepong dan keluarga mereka.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Keputusan tersebut disambut dengan sorakan Allahuakbar daripada mereka yang hadir di galeri.

Mat Sabu didakwa membuat fitnah menerusi kenyataannya berhubung kejadian Bukit Kepong pada 1950, yang menyaksikan 25 anggota polis dan keluarga mereka dibunuh oleh komunis.

Beliau didakwa berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan itu adalah seorang wira negara dalam melawan British. Beliau dikatakan membuat komen itu pada satu ceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Beliau juga didakwa mengatakan pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman tidak layak digelar wira negara kerana mereka juga hamba penjajah British, dan pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menulis semula sejarah negara ini jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ucapannya menimbulkan kekecohan terutama di kalangan ahli keluarga polis Bukit Kepong yang terbunuh dalam serangan itu.

Banyak laporan polis dibuat terhadapnya oleh persatuan bekas polis, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) membantah kenyataannya.

Bercakap di luar mahkamah selepas itu, Mat Sabu mengucapkan syukur di atas keputusan mahkamah itu dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.

Katanya, beliau kini akan memberi tumpuan kepada usahanya menubuhkan sebuah parti dan gabungan pembangkang baharu.



ULASAN GB

Tahniah dan syabas kepada Mohamad Sabu, juga kepada peguamnya Hanipa Maidin yang dari dulu sememangnya professional membela anakguamnya.

Ini petanda baik untuk parti baharu, kerana selepas ini Mat Sabu boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penubuhan parti baharu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutama ahli-ahli PAS yang ramai ingin keluar dari parti itu untuk menyertai parti baharu pimpinan golongan progresif.

Posted By Green Boc

COMMENTS:

Dr.Paridul Adras Ismail said...
Sejarah Bukit Kepong telah dimanipulasi oleh penjajah British dan direalisasikan oleh Umno / Barisan Nasional. Polis2 yang berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong adalah polis British walaupun mereka berbangsa Melayu. Jadi, polis-polis itu adalah tali-barut polis British. Sesiapa sahaja yang menentang untuk menghalau penjajah British dikira sebagai pejuang. Sesiapa sahaja yang mempertahankan British adalah penyokong penjajah. Darah tali-barut British halal untuk ditumpahkan.

Si Delima Merah said...
Perkara teknikal seperti ini perlukan penglibatan professional. Mat Sabu menang perbicaraan kerana ada lawyer, kalau takde lawyer berat sikit nak menang. Tapi ada satu kelompok yang perasan mereka alim tak mahu bersahabat dengan profesional. "Ulama" ini bencikan profesional TAPI daalam masa yang sama mereka berkawan dgn "toghut". Inilah ULAMA CAP AYAM! Tahniah hanipa dan abg mat...

No comments:

Post a Comment