Pages

Tuesday 14 July 2015

'Pil kuda' akan bergegar lagi...Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni didakwa tidak berminat lagi untuk mewakili Hadi

Selasa, 14 Julai 2015

Haji Hadi belum selamat, isu pil kuda akan bergegar lagi 


Usaha Mohd Shamsul untuk membersihkan namanya tetap diteruskannya. Shamsul calon PKR Dun Bukit Besi , Terengganu yang mendakwa Tok Guru Haji Hadi menuduh beliau mengedar pil kuda.

Beliau masih mahu menuntut namanya dibersihkan. Rayuan kes saman fitnah RM2 juta yang dikemukakan Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul, telah difailkan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, rayuan Mohd Shamsul di Mahkamah Rayuan akan didengari pada 27 Julai ini, 9 pagi.

Dalam pada itu peguam TG Haji Hadi semasa kes semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi , Kuala Terengganu dahulu, Haji Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni didakwa tidak berminat lagi untuk mewakili Tok Guru Haji Hadi.

No comments:

Post a Comment