Pimpinan PAS & G18 Buat Himpunan Berasingan Tarik Penyokong...PAS jangan terkejut.
Greenboc
Setelah terkejut dengan Majlis "Perjuangan Baru Bermula" oleh kumpulan profesyenal G-18 di Bakri Muar Johor pada pertengahan bulan lalu untuk persediaan kpeada penubuhan Pakatan 2.0, kumpulan ulama PAS pula cuba membuat perhimpunan "Istiqamah Hingga Kemenangan 2.0" atau ringkasnya PIHAK 2.0.PIHAK 2.0 dilaporkan akan berlansung pada 11 Julai 2015 di Ayer Hitam.Tak disebutkan apa tujuan diadakan PIHAK 2.0, mungkin untuk memperkenalkan barisan pimpinan PAS yang baharu. Yang pasti tiada ada apa-apa tema yang signifikan untuk perhimpunan itu. Mungkin akan keluar surat pekeliling untuk sekalian AJK PAS KAwasan Johor mewajibkan mereka hadir seperti yang dilakukan di Pulau Pinang minggu lalu.
Beberapa portal sebelum ini melaporkan ahli-ahli PAS di Johor sudah muak dengan grup ulama malah ramai yang sedang menunggu kewujudan parti baharu Syawal ini untuk keluar beramai-ramai dari PAS.
Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor sebekum ini hanya berjalan dengan dihadiri 11 ahli daripada 52 AJK yang hadir itu hanya sekitar 20% yang hadir.
Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli dari 26 kawasan, iaitu yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.
Mesyuarat pada 13 Jun itu diteruskan dengan melantik dua timbalan pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah pilihan raya masih belum dilantik.
Jadi ada kemungkinan Pesuruhjaya PAS Johor memohon bantuan AJK PAS Pusat untuk "beri taklimat" dan akan mengeluarkan pekeliling "memaksa" AJK Kawasan dan cawangan untuk hadir supaya Badan perhubungan PAS Negeri Johor dapat berfungsi. Dah cukup tenant PAS Johor sekarang ni.
Yang GB rasa agak sedikit lucu, di poster PIHAK 2.0 itu tertulis perkataan "Mempersembahkan". Ertinya perhimpunan itu hanya satu "persembahan" - mungkin persembahan drama atau persemhahan sandiwara oleh grup ulama. Atau satu perhimpunan yang "mempersembahkan" beberapa "pelakon" seperti selebriti wayang opera (?)
Demikian berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... apabila golongan profesional disingkirkan. Sampaikan buat poster pun sudah tidak profesional dan melakukan kesilapan yang memalukan.
Sekadar makluman, pada 5hb Jul 2015 (malam esok) ada dua program dari kumpulan progresif G-18 diadakan. Satu di selatan tanahair di Tongkang Pecah batu Pahat dinamakan Himpunan Badar Kubro dan satu lagi di utara, iaitu di Tapah Perak, iaitu Himpunan Nuzul Quran.
Sila rujuk iklan di bawah:
No comments:
Post a Comment