Najib & Zahid Hamidi hadir Rumah Terbuka Shahrizat
P.Pinang Larang Hidang Sirip Ikan Yu Dalam Majlis Rasmi
Jul 30, 2015
GEORGE TOWN – Kerajaan negeri hari ini menandatangani akujanji untuk melarang hidangan makanan berasaskan sirip ikan yu daripada disediakan dalam majlis rasmi.
Ia ditandatangani bersama dengan beberapa persatuan dan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia, Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan.
Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata langkah itu adalah antara usaha untuk melindungi ikan yu daripada pupus selain membantah tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengamalkan kaedah ‘shark finning’ ketika menangkap ikan yu.
“Kaedah ini amat kejam kerana sirip ikan yu akan dipotong ketika ikan masih bernyawa sebelum ikan dicampak semula ke dalam laut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahan pula penyediaan makanan sirip ikan yu hanya mahu melambangkan kemewahan semata-mata, katanya.
Beliau berkata inisiatif aku janji itu diharap dapat mendidik anggota masyarakat tentang kepentingan mengekal ikan yu dalam ekosistem lautan. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment