Pages

Tuesday, 28 July 2015

[Video] Akhirnya Najib Pecat Muhyiddin & Ghani Patail..."Singkir sambil membelasahnya"

Selasa, 28 Julai 2015


Pecat Muhyiddin & Ghani Patail, Usaha Najib Selamatkan Diri? -UPDATED


Muhyiddin tersingkir dari kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan rombakan kabinetnya sebentar tadi. Seperti dijangka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir dan diganti Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi.

Ia juga menyaksikan beberapa menteri kanan lain tersingkir.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Begitu juga dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Turut menerima nasib Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Manakala beberapa mereka yang sebelum ini tidak memegang portfolio dilantik semula ke kabinet.

Antara mereka Datuk Seri Salleh Said Keruak yang dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Mengulas mengenai penyingkiran Muhyiddin, Najib turut menyelar tindakan timbalannya kerana menjadikan pentas terbuka untuk menyerang kepimpinannya.

“Perbezaan pendapat tidak boleh dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan kerajaan dan negara”, katanya dalam pengumuman itu.

Sebelum ini, perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam.

Menurut Bernama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan bahawa perkhidmatan Abdul Gani ditamat atas sebab kesihatan

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikan Abdul Gani,
 katanya.

Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam.

The Malaysian Insider melaporkan penyingkiran secara tiba-tiba Gani Patail sebagai Peguam Negara hanya akan mengukuhkan lagi "teori konspirasi" yang perdana menteri, yang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkeras mahu mengekalkan kedudukannya menerajui pentadbiran negara, kata sebuah badan pemikir.

Menegaskan yang penyingkiran Gani tidak boleh diterima, terutamanya kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB, ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu akan menimbulkan banyak persoalan mengenai niat di sebalik "pemecatan" Gani.

"Perkhidmatan Gani memang pun sepatutnya berakhir pada Oktober, jadi tidak ada sebab untuk lakukan pemecatan awal ini.

"Rakyat sudah bercakap tentang kemungkinan satu konspirasi terdesak oleh perdana menteri untuk terus kekal berkuasa.

"Tindakan ini malangnya menguatkan lagi teori konspirasi itu dan seterusnya melemahkan kuasa moral jika Datuk Seri Najib Razak terus berpegang pada jawatannya,"
 katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, menyingkirkan Gani tidak akan menyelesaikan apa-apa, sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan. 


1 comment: