BERSIH PERLU UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA
Malaysia negara kaya.
Malaysia tidak pernah miskin sejak zaman British memerintah Malaysia lagi.
Antara jajahan2 British, Malaya dan Borneo dilihat sebagai jajahan yang paling kaya dlm Empayar Britain.
Malangnya ekonomi Malaysia tidak pernah disusun supaya kekayaan negara dinikmati oleh majoriti rakyat Malaysia.
British memastikan kekayaan Malaya dan Borneo pergi kepada Syarikat India Timur serta segelintir orang2 kaya di England.
Majoritas rakyat Malaya terus hidup dalam kegelapan kemiskinan.
Sejurus Merdeka kekayaan negara berada di tangan syarikat2 gergasi milik Britian dan majoriti rakyat masih terus miskin.
Apabila tiba tahun 70an dan didapati wujudnya minyak di perairan Malaysia, maka kekayaan tadi mula mengalir sedikit kepda rakyat umum namun elit2 Malaysia yg terdiri dari kepimpinan UMNO dan kroni2 mereka masih menguasai kekayaan Malaysia dengan banyakknya.
Sekarang bila ekonomi negara menghadapi kegelisahan dan kemunduran sedikit nikmat yang dinikmati rakyat ditarik balik.
Tapi elit2 UMNO dan kroni2 masih terus menerus kaya dan lebih kaya.
Kalau tidak diambil tindakan rakyat Malaysia akan jadi pengemis di bumi sendiri.
Maka kehadiran BERSIH 4.0 adalah wajib utk semua rakyat Malaysia yang sayangkan anak cucu mereka.
Mana mungkin Malaysia yang kaya tapi ramai rakyatnya yang merempat dan miskin.
Jangan ikut gelagat PAS yang syok sendiri dan merasa dirinya kuat dan releven dengan rakyat Malaysia.
TULANG BESI
No comments:
Post a Comment