Rabu, 26 Ogos 2015
MAHU TETAPKAN HUKUM HIMPUNAN BERSIH PUN LINTANG PUKANG, ULAMAK APAKAH INI?
SEMENJAK bila Himpunan BERSIH ini menjadi 'halal' kepada pengampu2 rejim? Jika dulu yang sering mentakwilkan BERSIH ini 'haram' kerana penyebab huru-hara ini adalah dari kalangan rejim itu sendiri, tetapi sekarang berbeza. Ada yang bergelar 'ulamak' pun mula termakan dakyah rejim ini. Malang sungguh.
Hakikatnya bukan kerana 'hukum' berkaitan BERSIH itu 'halal atau haram', tetapi sebenarnya memang di hati sudah mula terasa 'sayang' kepada rejim dan bencinya kepada kumpulan yang selama ini pernah bersama mereka basah disembur air FRU dan pening termuntah akibat gas FRU. Di kalangan mereka ini pun sebenarnya berbelah-bahagi tentang perlu atau tidak untuk mereka bangkit bersama-sama rakyat di dalam Himpunan BERSIH 4 nanti.
Sekejap menyebut himpunan ini akan menjadi penyebab huru-hara, dan dalam masa yang sama boleh pula menghantar wakil ke perhimpunan tersebut. Dolak dalik tentang hukum inilah yang menjadikan imej mereka sebagau ulamak tercemar. Tidak konsisten, berubah-ubah mengikut musim. Jika benar bakal mencetuskan huru-hara, sepatutnya jangan benarkan hatta seorang pun terlibat. Mengapa perlu ada wakil untuk 'menghuru-harakan' negara?
Usahlah cari berbagai alasan. Alasan tarikh himpunan BERSIH4 pada 29 dan 30 ogos ini hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan, kononnya. Semenjak bila mereka ini peka sangat dengan sambutan Hari Kebangsaan? Peliknya, pada tarikh 30 Ogos itu, ada pula program yang mereka anjurkan. Rakyat tidak bodoh untuk dipersendakan. Alangkah baiknya berterus-terang saja dengan ahli-ahli kamu bahawa pihak kamu tidak lagi mahu berhimpun. Buang masa. Haram cetuskan huru-hara. Cakap sajalah.
Apapun yang kamu mahu lakukan dan apa jua alasan kamu, rakyat sudah tidak peduli. Rakyat sudah jemu dengan perangai "U-Turn' tidak berkesudahan. Ulamak sepatutnya konsisten bukan sering berdolak-dalik. Mungkin satu provokasi untuk menunjukkan kehebatan puaknya. Kalau betul hebat, baguslah. Tapi jangan buat kenyataan yang memperbodohkan orang sehingga kehebatan kamu tidak lagi dihormati orang. Sebab itu jangan pelik, dulunya orang muliakan kamu tetapi sekarang setiap hari menjadi bahan ketawa dan sendaan orang.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 2:06 PTG
No comments:
Post a Comment