Pages

Thursday, 27 August 2015

BERSIH Tidak Haram...KDN & Polis patuhi keputusan mahkamah!

Jumaat, 28 Ogos 2015

KDN & Polis Perlu Patuh Keputusan Mahkamah: BERSIH Tidak Haram

Baru-baru ini pihak KDN dan Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan BERSIH pada 29/30 Ogos ini adalah haram sedangkan ia ternyata membelakangkan keputusan Mahkamah sebelum ini yang menyatakan BERSIH tidak haram. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012 telahmembatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri waktu itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH waktu itu yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Datuk Seri Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2012.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH,"
 kata Shanmuga.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

Hakim Rohana telah jelas menyatakan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.

Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram.

Justeru itu sebarang kenyatan yang menyatakan perhimpunan BERSIH adalah haram adalah kenyatan-kenyataan yang menghina keputusan mahkamah.

Sementara itu mengenai ugutan dan ancaman polis untuk menangkap peserta BERSIH juga tidak sepatutnya berlaku. Negara kita ada undang-undang. Polis tidak boleh sembarangan melarang dan menangkap peserta perhimpunan kerana semasa perhimpunan BERSIH 2.0 mahkamah pernah memutuskan polis bersalah menahan dan menangkap beberapa aktivis. 

Malah kerana tindakan polis menangkap sesuka hati, pihak kerajaan Malaysia telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar gantirugi kepada aktivis berkenaan. 

No comments:

Post a Comment