Pages

Thursday 6 August 2015

Clare Rewcastle dapat perlindungan polis UK...

Khamis, 6 Ogos 2015

Clare Rewcastle dapat perlindungan polis UK

Ketua pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, yang dikehendaki oleh polis Malaysia, berjaya mendapat perlindungan daripada polis United Kingdom (UK).

Perkara itu berlaku selepas Rewcastle mengadu diikuti dan dirakamkan lensa kamera di London susulan siasatannya terhadap amalan rasuah di Malaysia.

Menurut akhbar UKThe Independent,Scotland Yard mengesahkan menerima aduan Rewcastle.

Rewcastle berkata polis sudah menempatkan anggota mereka setelah memberitahu terdapat orang tidak dikenali menunggu dalam kereta dekat rumahnya.

Bulan lalu,  Rewcastle mendakwa diekori selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment