Pages

Thursday 6 August 2015

Dana Asing RM2.6B: Pemuda BN setuju SPRM panggil Najib...Peliklah, Ketua penyiasat disuruh bercuti, orang disiasat boleh relax jee!

Khamis, 6 Ogos 2015

Dana Asing RM2.6B: Pemuda BN setuju SPRM panggil Najib 

Pemuda BN berpendirian segala siasatan yang sedang berjalan dalam isu yang dibangkitkan perlu menyakinkan rakyat.

Khairy-Jamaluddin_najib_sprm_600

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin setuju Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SRPM) untuk disiasat berhubung wang derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaunnya.

Jelasnya, jika cara berkenaan dapat menyakinkan rakyat, beliau perlu dipanggil untuk diambil keterangan. “Pendirian kita adalah bahawa segala siasatan yang sedang berjalan dalam isu yang dibangkitkan tadi mestilah berterusan sehingga mendapat gambaran jelas dan hasil siasatan itu perlulah menyakinkan rakyat. “Sekiranya perlu keterangan untuk memastikan SPRM menjalankan tugasnya tanpa rasa takut dan berpihak, maka keterangan Perdana Menteri harus diambil,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis.

Jelas Khairy lagi, dalam isu yang membabitkan wang RM2.6 bilion ini, SPRM harus menjalankan tugasnya dengan telus, agar kewibawaan suruhanjaya bebas berkenaan diterima rakyat.

 “Hari ini juga, saya difahamkan ramai pemimpin pembangkang menyatakan sokongan terhadap SPRM. Dahulunya, mereka yang mengkritik SPRM, tetapi kini sebaliknya.

“Amat penting untuk SPRM mempunyai integriti dan tidak ada pihak yang boleh menyekat badan bebas itu,” tegasnya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Pelik bin Ajaib : Ketua penyiasat disuruh bercuti, orang disiasat boleh relax jee,,!

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed sah bercuti
Astro Awani | Ogos 05, 2015 11:20 MYT

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed disahkan bercuti.

Sumber mengesahkan kepada Astro AWANI, Abu Kassim akan bercuti sehingga minggu depan.

Berikutan ketiadaan Abu Kassim, menurut sumber itu, tugas Abu Kassim akan dipangku oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Sebelum ini, akhbar The Star dipetik sebagai berkata, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul menafikan, beliau diarah untuk bercuti, sebaliknya berada di luar negara atas urusan kerja.
Suruhanjaya itu kini sedang menyiasat dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB melibatkan dana RM4 bilion.

Setakat ini, beberapa pegawai SPRM telah ditahan dan diambil keterangan berhubung kes kebocoran maklumat siasatan terhadap skandal 1MDB.
Terbaru, Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik Datuk IG Chandran dan pegawai SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat diambil keterangan pada Isnin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy dan bekas ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh ditahan pada Sabtu.

BACA: Apa yang kita tahu tentang siasatan PAC ke atas 1MDB?
Semalam, kira-kira 100 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Majlis Solat Hajat Perdana bagi memohon agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah.

Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.
Posted by Kedah Lanie 

No comments:

Post a Comment