Pages

Friday, 21 August 2015

Dana Politik RM3.1 juta - Bekas PM Korea Selatan dipenjara...tetapi RM2.6b? Patut dan layak untuk diheret ke muka pengadilan!

Jumaat, 21 Ogos 2015
14 hrs · 
 

Negara bukan Islam spt Korea Selatan yg mengamalkan politik integriti tinggi sejak 1998, jika pemimpin negara terpalit rasuah, mereka segera letak jawatan.. siasatan terbuka... TETAPI kenapa kat sini payah..??!!!

SEBABNYA.. Malaysia satu2nya negara kat dunia YANG ADA UMNO !!!

Najib sememangnya sudah cukup layak diheret ke muka pengadilan? 
Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Han Myeong Sook dibicarakan atas tuduhan menerima 880 million won (RM3.1 juta) daripada seorang ahli perniagaan bagi membiayai kempen politik bagi mendapatkan pencalonan presiden.  

Tapi di negara 'Malaysia Boleh', menerima derma untuk parti politik tidak mengapa? Walaupun derma itu dimasukan ke dalam akaun peribadi seseorang?  
Bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma. Seksyen ini menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, katanya di sini   

Setelah menafikan dengan pelbagai alasan, akhirnya SPRM dalam satu kenyataannya telah mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Tun Razak adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Asia Barat dan pihak berkaitan juga sudah mengesahkan mengenai derma berkenaan kepada SPRM. 

  

“Sumbangan derma RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1MBD” Kata SPRM. Korang tak berasa pelikkah? Itu pasal mantan PM Mahathir sampai kata 'BULLSHIT'!

Borang perama sebut 'Partial Information bukan 'donation' 

Berdasarkan pendedahan Sarawak Report seperti borang pemindahan wang jelas menunjukan perkataan di bahagian "remittance information" ialah "Partial Payment" (separa bayaran) bagi borang yang pertama untuk kiriman pertama bertarikh 21 march 2013. 

Bagi borang yang kedua di bahagian yang sama tercatit perkataan "Second Part For Final Payment" (bayaran akhir) untuk kiriman bertarikh 25 march 2013 ke akaun persendirian milik Najib di Aam Islamic Bank.

Nombor akaun AmPrivate Banking 2112022009694 tersebut didaftarkan atas nama "Dato 'Sri Mohd Najib Bin Hj (sic) Dan Razak" di AmIslamic Bank di Malaysia.  

Bukankah ini jelas, bahawa Najib telah menerima dana politik haram? 

Dana RM2.6 bilion itu berapa kali ganda banyaknya kalau nak dibandingkan dengan jumlah derma RM3.1 juta yang diterima oleh bekas perdana menteri wanita pertama Korea Selatan  dari seorang ahli perniagaan.  

Najib memang lebih patut dan layak untuk diheret ke muka pengadilan! 
Laporan berikut patut menjadi perangsang kepada rakyat Malaysia supaya Najib diadili di mahkamah.Apakah Najib tidak mampu untu percaya kepada mahkamah negara sendiri?  Bekas perdana menteri wanita pertama Korea Selatan dipenjarakan selepas Mahkamah Agung mengekalkan sabitan 2 tahun hukuman penjara kerana menerima dana politik haram, lapor AFP.

Han Myeong Sook, 71, berkhidmat selama setahun sebagai perdana menteri Korea Selatan dari April 2006 hingga 2007.  Pada 2010, Han dibicarakan atas tuduhan menerima 880 million won (RM3.1 juta) daripada seorang ahli perniagaan bagi membiayai kempen politik bagi mendapatkan pencalonan presiden.  Myeong Sook sebelum itu dibebaskan mahkamah daerah selepas mendapati keterangan ahli perniagaan itu tidak boleh dipercayai.  Namun, pada 2013, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun.

 Menurut AFP, hukuman tersebut menyebabkan Han secara automatik kehilangan kerusi di dalam Dewan Negara.  Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan perdana menteri di Korea Selatan, dan kini menjadi bekas perdana menteri yang pertama dipenjarakan.  Menurut agensi berita antarabangsa itu, Han menafikan menerima wang haram tersebut dan menuduh kerajaan menggunakan pendakwa raya negeri untuk mencemarkan reputasinya.  "Saya tidak boleh menerima hakikat itu dan menjadi mangsa 'penindasan politik," katanya seperti dilaporkan agensi tersebut. – 20 Ogos, 2015.~ sumber

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 

No comments:

Post a Comment