Pages

Wednesday 12 August 2015

Bersih 4.0: Unit Amal kehilangan General dan Brigadier General...Ayuh sertai Amal Relief 29 & 30 Ogos, Masjid Negara - Dataran Merdeka

Khamis, 13 Ogos 2015
Unit Amal sudah kehilangan General...sertai Amal Relief di Masjid Negara ke Dataran Merdeka, 2.00pm-29/8
SIAPAKAH YANG BERADA DI HADAPAN PENDEMO INI?

Iya. Siapakah yang selama ini digembeling untuk berada di bahagian hadapan setiap kali ada demonstrasi?
Ahli unit briged baju merah yang diberi nama Unit Amal. 
Itulah budak-budak muda yang menjadi kebanggaan PAS.
Tetapi apa sudah jadi dengan unit ini?
BEKAS KETUA PENGARAH UNIT AMAL
Sudah diketahui umum, bekas Ketua Pengarah Unit Amal, Johari Osman telah membawa pergi ramai ahli jawatankuasanya untuk turut sama aktif dalam GHB. Malahan sebuah Unit Amal versi GHB yang dinamakan Amal Relief atau nama ringkasnya Arif telah pun ditubuhkan.

Antara yang turut bersama Johari ke dalam GHB adalah Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Amal, Jahid Zaini (Johor) dan Timbalan Ketua Pengarah 4 Azwan Ismail (Perak) serta Bendahari Mohamad Supian Ibrahim (Negeri Sembilan) (TMI).

Unit Amal sudah kehilangan General dan Brigadier General. Entah siapa lagi yang sudah menyeberang kita tidak tahu. Entah berapa ramai lagi yang duduk atas pagar, menunggu masa untuk melompat.

Siapa yang akan mengatur strategi demonstrasi dan mengendali perjalanan dan keselamatan pendemo?

Bekas pemimpin Unit Amal ini mungkin akan ada di Bersih 4.0. Tetapi tidak lagi memakai baju merah.

Mana nak letak muka Ketua Pemuda PAS, Timbalan Ketua Pemuda PAS (anak Presiden PAS) dan Naib Ketua Pemuda PAS erk?

Malu weh!

Err...Kalau itu bukan sebabnya, mungkin ini:

Bersih 4.0 anjuran BERSIH 2.0 yang disokong oleh GHB, PKR, DAP serta NGO Malaysia (IKRAM, Aliran,  Lawyers for Liberty..etc) ini tidak cukup suci-hati serta tidak ikut syarie kerana tidak memohon kelulusan Majlis Syura Ulama PAS.

Pas Tak payah berdemo. Pergi makan angin lagi Best.



Posted by 

No comments:

Post a Comment