Pages

Sunday, 23 August 2015

Hadi mula panas dengan HARAPAN BARU! Ust Ahmad Awang jawab isu 'Desak Kosongkan Kerusi'

Ahad, 23 Ogos 2015
Ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim

LETAK JAWATAN USTAZ AHMAD AWANG JAWAB TG HAJI HADI.

Kenyataan Media.

HARAPAN BARU ISTIQOMAH BERSAMA PERJUANGAN ISLAM MEMBELA RAKYAT DAN NEGARA

www.harapanbaru.net

Saya memandang berat kenyataan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahukan wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Harapan Baru untuk meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.

Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN. Selagi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat. 

Di satu segi lain, tidak ada peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun amalan secara konvensional yang mengisyaratkan keperluan meletakkan jawatan.

Kenyataan PAS mendesak mereka meletakkan jawatan dalam keadaan mereka terus memperjuangkan hasrat rakyat yang telah mengundi mereka adalah membelakangkan kepentingan pengundi.

Seperkara lagi pada saat ini, rakyat mendesak supaya Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas skandal wang RM2.6 billion di dalam akaun peribadi beliau dan kegagalan pengurusan ekonomi negara. Nilai ringgit terus menyusut dan simpanan asing juga mengecil ke paras yang mencemaskan.

Maka sewajarnya seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Dato' Seri Najib Tun Razak.

Saya berkeyakinan adalah lebih baik untuk Dato Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mendesak mana-mana ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya ini untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka. Kenyataan seperti ini lebih mewakili kehendak rakyat.

Yang pasti, wakil-wakil rakyat telah mengangkat sumpah di dalam dewan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan negara. 

Sikap mereka yang menampilkan komitmen yang tinggi (di dalam dan di luar dewan) untuk terus memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat bagi menuntut perubahan untuk negara, tanpa mengira parti mana yang mereka wakili, seharusnya diberi pujian dan sokongan, bukannya diminta untuk melepaskan jawatan.

USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum
Gerakan Harapan Baru

23 Ogos 2015/ 8 Zulkaedah 1436H
semua mereka masih memperjuangkan apa yang dipersetujui pakatan rakyat, pas yang membelot sebenarnya, tak perlu letak jawatan, rakyat bersama anda

Hadi Mula Panas Dengan Harapan Baru.. Desak Kosongkan Kerusi..



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata anggota parlimen dan ADUN PAS yang bertindak menyertai parti lain perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata tindakan tersebut perlu kerana mereka telah berbaiah semana menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut Hadi berkata kini terpulang kepada maruah pemimpin itu untuk mengosongkan kerusi masing-masing seperti yang dijanjikan.

"Mengikut perlembagaan parti, keahlian mereka gugur secara automatik jika mereka menyertai parti lain.

"Terpulang kepada mereka kerana mereka maklum dan mengetahui mengenai baiah yang dibuat. Sepatutnya kena kosongkan kerusi jika sudah menyertai parti lain," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Beliau mengulas beberapa pemimpin dan ahli PAS yang terlibat menubuhkan parti Islam baru yang dijangka diumumkan pada 31 Ogos depan. Dilaporkan parti Islam itu dikenali Parti Amanah Rakyat.

Dalam laporan itu juga, Hadi berkata PAS masih lagi menjadi parti yang kuat dan terus mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kumpulan profesional.

Laporan itu menyebut, Hadi berkata PAS menerima 9,000 permohonan keahlian baru tetapi buat masa ini sebanyak 6,000 yang mampu diproses dan PAS boleh bangkit menjadi parti Islam yang kukuh seterysnya mendapat sokongan dari dalam dan luar negara.

"Kita pernah menghadapi cabaran yang lebih besar, daripada ini oleh itu kita perlu sentiasa istiqamah dan yakin bahawa Islam adalah penyelesai masalah dan penyelamat," katanya.
BLM.

No comments:

Post a Comment