Pages

Friday 7 August 2015

'Jangan tertipu dengan gaya lenggok' TITM..."Sebenarnya parti beliau semakin surut dan semakin mundur".

Jumaat, 7 Ogos 2015
TITM berceramah di Tumpat

Jangan Terpedaya Dengan Sandiwara Tuan Ibrahim Tuan Man

Sejak akhir ini Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man bersungguh2 menghentam Najib dan UMNO.

Juga, beliau telah membuat panggilan supaya PAS dapat bersatu semula dengan parti2 pembangkang yang lain dgn formula yang baru bagi menentang UMNO/BN.

Ini semua sandiwara dan lakonan Tuan Ibrahim yg sedang terkapai2 melihat partinya semakin surut dan semakin mundur.

Lupakah dia bahawa dia juga dalang pertandingan 3 penjuru mcm Hadi Awang juga yang akhirnya membawa kemenangan UMNO/BN.
Di DUN Damak pada 2013, angkara Tuan Ibrahim berkempen untuk calon bebas secara terbuka dggn slogan "Ini Kalilah Bunga Raya" maka BN berjaya merampas DUN Damak walaupun BN mendapat undi yang kurang dari 50%

Bukan setakat itu, Tuan Ibrahim telah membawa Haji Hadi Awang berkempen satu pentas dengan calon Bebas.

Hasilnya, seperti di  Kota Damansara dan Sungai Acheh, BN menang DUN Damak.


Sama sahaja  perangai Tuan Ibrahim Tuan Man dengan Haji Hadi. Kedua-dua membenci Pakatan Rakyat  dan kedua2 nya pro UMNO.

Cumanya Tuan Ibrahim ni ambil Masters di UKM dlm bidang Psikologi. Dia agak tahu bagaimana menyamar dan berlakon untuk nampak baik.

Lakonan dia sekarang ini untuk menghalang arus keluarnya ahli2 serta penyokong2 PAS kepada Harapan Baru.

Berhentilah tanam tebu di bibir wahai Ustaz Tuan Ibrahim. Kamu sendiri mengaku ulama pun dah menipu sedangkan kamu tak fasih berbahasa Arab pun.

Mana boleh ulama tak fasih Bahasa Arab.

Semoga kita semua pejuang Islam tidak lagi tertipu dengan gaya bahasa serta lenggok Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ingat!!!

Beliau lah menjadi dalang baiaah kepada usaha membersihkan PAS dari kumpulan progresif yang telah dilakukan di Tasik Kenyir satu masa dulu.

Mengikut pendedahan Tok Usin Ceroii disini lah berlaku baiaah dlm usaha membersihkan PAS dari kumpulan progresif.

TULANG BESI


No comments:

Post a Comment