Pages

Saturday 29 August 2015

Mahathir & Siti Hasmah turun ke BERSIH 4...Teruskan, teruskan, kata Tun Mahathir

Ahad, 30 Ogos 2015

Mahathir Dan Siti Hasmah Buat Kejutan Turun Ke BERSIH 4



Teruskan, kata Tun Mahathir

Keadaan yang perlahan-lahan tenang di sekitar Dataran Merdeka tiba-tiba bertukar kecoh apabila orang ramai mula menyedari kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Ali.

"Teruskan, teruskan," katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau.

Keadaan sangat tidak terkawal apabila para petugas media dan orang ramai tolak-menolak untuk mengambil gambar beliau.

Ketika tiba, beliau cuma berjalan dari Jalan Parlimen menuju ke Jalan Tun Perak sambil diiringi pengawal keselamatannya.

Bagaimanapun disebabkan keadaan terlalu sesak, Dr Mahathir kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.

Keadaan tolak menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita apakah tujuannya hadir pada hari ini, beliau hanya berkata: "Just to look around (saja nak melihat-lihat).

Sebelum Dr Mahathir memasuki keretanya, beliau sempat melambaikan tangannya dan meninggalkan kawasan berkenaan bersama Dr Siti Hasmah.


7.48pm Dataran Merdeka - Siti Hasmah Alli ketika diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka berkata: "Ini kuasa rakyat" 

7.30pm Tun Dr Mahathir Mohamad mengejutkan banyak pihak dengan hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 hari ini. Baca lanjut di pautan ini.

Kenyataan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke perhimpunan BERSIH 4 menyuntik semangat baru kepada peserta.

Diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka sebentar tadi Siti Hasmah berkata, itu adalah kuasa rakyat.

"Ini kuasa rakyat," katanya.
BLM.

No comments:

Post a Comment