Pages

Sunday, 23 August 2015

[Video] Melayu Terbangsat Jika UMNO Hilang Kuasa? Ehem bro...GHB ade, PAS ade, PKR ade...kamulah yang bangsatkan Melayu!

Ahad, 23 ogos 2015

Melayu Terbangsat Jika UMNO Hilang Kusa Kata Najib - Ini Surat Terbuka Dari Melayu Untuk Najib Razak.


Menurut laporan Malaysiakini, Najib berkata ;

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.
"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.
"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," katanya sambutan disambut dengan sorakan hadirin.
Najib yang juga presiden Umno menyampaikan ucapan merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.
Dan ini pula jawapan terbuka untuk perdana menteri Malaysia, Najib Razak bagi menjawab ucapan Najib itu ;

Melayu dah cukup dibangsatkan Perdana Menteri
Oleh Hafidz Baharom

Sebagai seorang ahli bangsa Melayu yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya tercengang membaca berita hari ini di mana perdana menteri kita sendiri mengatakan tanpa UMNO, Melayu akan 'dibangsatkan'. 

Apakah Datuk Seri Najib Tun Razak sudah lupa bahawa dia sendiri sebagai Presiden UMNO yang telah membangsatkan Melayu sepanjang tempoh sebagai Perdana Menteri?

Walaupun bangsa Melayu dikatakan mudah lupa, kita tidaklah begitu bangang sampai lupa siapa sebenarnya dalang dalam memporak-perandakan Melayu di Malaysia ini, sampaikan hanya datang nak meraih undi lepas itu langsung menghilang. 

Bangsa Melayu satu negara ingat sewaktu air bah datang, 200,000 rakyat Malaysia yang ramainya Melayu terbiar tanpa rumah, menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dalam khemah sahaja, perdana menteri kita sanggup sambung main golf di Hawaii. 

Bangsa Melayu di Sabah masih ingat semasa gempa bumi menimpa, perdana menteri kita masih sibuk hendak ke Jeddah. 

Bangsa Melayu masih ingat bila kita menghadapi kesusahan hendak mencukupkan duit gaji masing-masing tahan sebulan, memohon bantuan kawal harga, Si Najib ini sanggup kata kita tidak berterima kasih yang kerajaan dia menurunkan harga kangkung!

Mohon maaf, Datuk Seri, tapi bak kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia bukan bangang nak terima lagi kata-kata kamu dan kabinet kamu. 

Melayu sekarang tidak mengambil lagi umpan-umpan dan kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh penyokong kamu. 

Melayu sekarang takkan percaya propaganda yang segala isu ekonomi disebabkan Yahudi. 

Melayu sekarang takkan percaya ini adalah konspirasi "orang putih", apa lagi bila Najib sendiri percaya sangat golongan ini sampai ada Paul Stadlen dalam kumpulan beliau. 

Dalam apa yang sedang berlaku sekarang ini, bangsa Melayu sekarang tengah terpinga-pinga kenapa ketua parti politik yang kononnya mewakili bangsa kita sanggup membangsatkan kita semua sesuka hati. 

Melayu sekarang sedang bangun bertanya dan menyanggah segala kenyataan Presiden UMNO. Bak kata seorang ahli UMNO di Langkawi, mereka sudah mula menyangkal kenyataan presiden yang telah "mengencing" bukan sahaja tiga juta ahli UMNO, malah semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan parti. 

Jelas sekali orang yang membangsatkan Melayu, yang pentingkan kesetiaan lebih daripada kebenaran, yang mementingkan jawatan lebih daripada bangsa sampai mengaku "darah pahlawan Bugis" tapi kecut masuk bangunan parti sendiri berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan adalah seorang pemimpin yang telah hilang mandat bukan sahaja dari rakyat, tapi lebih lagi bangsa Melayu sejagat. 

Kalau raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Perdana menteri kita bukanlah raja, tapi seorang ketua parti politik Melayu yang telah mengabaikan tanggungjawab beliau untuk kepentingan dirinya sendiri. 
Sudahlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Lihat laman Facebook kamu sendiri boleh lihat Melayu dari mana-mana negeri pun dah bersuara. 

Kalau setakat nak tebalkan muka sampai setebal badak sumbu Sumatera pun dah tak guna sebab dah pupus. 

Kalau setakat nak alihkan perhatian kita dengan kelahiran anak panda, nak mengangkat keadaan dengan mencampak BR1M, nak kata duit Pak Arab yang berbilion jadi pelabur 1MDB pun tak guna dah sekarang ini. 

Langkawi sudah bersuara. Pontian sudah bersuara. Ini Shah Alam sendiri pun sudah bersuara. 

Hentikan perbuatan membangsatkan Melayu yang kamu lakukan semata-mata kerana gila kuasa kekal pegang jawatan perdana menteri.


Sumber.

Ameno World

No comments:

Post a Comment