Pages

Friday 7 August 2015

Pegawai SPRM terima kunjungan pembangkang pun terkeluar...“Kami kesal kerana pegawai itu disingkirkan"

Sabtu, 8 Ogos 2015

Pegawai terima kunjungan pembangkang pun terkeluar

  
Seorang lagi pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu.

Datuk Rohaizad Yaakob, pengarah komunikasi strategik badan antirasuah itu turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Rohaizad semalam menerima rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Anggotanya disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Rohaizad enggan mengulas ketika berjalan keluar daripada bangunan SPRM di Putrajaya.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada media yang berada di situ.

Sumber berkata perpindahan keluar itu menggunakan alasan masalah disiplin.
Selain Rohaizad, pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Pegawai yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu juga dipindahkan ke JPM.
Posted by Kedah Lanie

Pembangkang kesal pegawai SPRM dikeluarkan

  
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menyatakan kekesalannya terhadap penyingkiran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menerima kunjungan pembangkang semalam.

“Saya kesal kerana pegawai itu disingkirkan selepas bertemu anggota parlimen dan ahli politik pembangkang,” katanya kepada Malaysiakini.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob hari ini dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Rohaizad semalam menerima rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Anggotanya disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Posted by Kedah Lanie

No comments:

Post a Comment