Pages

Friday 21 August 2015

Petang ni! AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan..."Sidang media di Moveact Academy, Melaka".

Jumaat, 21 Ogos 2015

Lebih 30 AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan

Hari ini jam 5 petang, PAS Kawasan Bukit Katil Melaka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan perletakan jawatan oleh kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan cawangan PAS sekitar Melaka. 

Sidang media itu akan diadakan di pejabat Moveact Academy. Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka.Gambar sebelah ialah AJK PAS KAwasan Bukit Katil di muktamar PAS yang lalu.

Difahamkan, seramai 13 orang AJK PAS kawasan diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sdra Sofi Wahab, 8 orang AJK Dewan Muslimat dan kesemua (kecuali 2 orang) daripada Dewan Pemudanya akan mengisytiharkan perletakan jawatannya petang ini. 

Perletakan jawatan kepimpinan PAS Bukit Katil merupakan satu kejutan dan satu tamparan hebat kepada PAS Negeri Melaka kerana Melaka yang memperolehi kemenangan sulongnya di dalam pilihanraya umum yang lepas iaitu DUN Bukit Baru melalui calonnya Dr Hj Md Khalid Kassim, 

Sdra Sofi yang mengetuai saf kepimpinan PAS Bukit Katil ketika itu dan pemuda yang diketuai oleh Mohd Jauhar Mohamad Dawi merupakan tenaga penggerak utama jentera pilihanraya DUN Bukit Baru sehingga DUN itu telah mencapai kemenangan yang bersejarah tersebut. 

Sofi yang sebelum ini oernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka selama dua penggal di bawah kepimpinan Sdra Adly Zahari pernah mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS Melaka yang baharu, Kamaruddin Sidek yang membuat perlantikan jawatankuasa Perhubungan PAS dengan tidak mengikut Perlembagaan. 

Kesemua yang meletakkan jawatan akan menyertai Gerakan Harapan Baru Melaka yang kini dipimpin oleh Sdra Adly Zahari. GHB Bukit katil telah berjaya ditubuhkan dan kini dipimpin oleh mantan tokoh veteran PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek 

Di dalam satu perkembangan berkaitan, di Hulu Langat Selangor, 10 orang ahli jawatankuasa pemudanya telah mengisytiharkan perletakan jawatan mereka kepada PAS Kawasan Hulu Langat. 

Mereka adalah terdiri daripada ketuanya, Mohd Burhanuddin bin Othman, Setiausaha Ahmad Firdaus bin M Zabidi, Pen. Setiausaha Muhammad Safuan bin Harun dan Afrodi bin Ali serta tujuh orang yang lain. (rujuk kenyataan di bawah). 

Perletakan jawatan dari PAS dijangka akan berterusan di seluruh negara menjelang pelancaran parti baharu hujung bulan ini, atau selewat-lewatnya awal bulan depan. 


PERLETAKAN JAWATAN KETUA PEMUDA DAN JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS HULU LANGAT

21hb Ogos 2015

1. Saya mewakili 10 Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Hulu Langat telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Penolong Setiausaha PAS Kawasan Hulu Langat.

2. Ahli Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti berikut:

a. Ketua Pemuda
Mohd Burhanuddin bin Othman

b. Setiausaha
Ahmad Firdaus bin M Zabidi

c. Penolong Setiausaha 1
Muhammad Safuan bin Harun

d. Penolong Setiausaha 3
Afrodi bin Ali

e. Ketua Penerangan
Manzurul bin Safar

f. Penolong Bendahari
Ustaz Hafiz Othoman

g. Pengerusi Lajnah Kebajikan
Dr Muhammad Omar

h. Pengerusi Lajnah Pendidikan Politik
Ustaz Wan Saifullah Wan Abd Ghani

i. Pengerusi Lajnah IT
Abdul Halim bin Abdullah

j. Pengerusi UKJ Semenyih
Hafidz Samsol

3. Kami mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua yang membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menggalas amanah ini.

4. Kami juga memohon maaf sekiranya ada salah dan silap selama berada bersama DPPKHL dan PKHL.

5. Kami berpendirian ini adalah penyelesaian dan jalan keluar terbaik kepada konflik yang berlaku khususnya kesan dari kempen agresif sebelum Muktamar baru-baru ini.

6. Kami berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah untuk terus Istiqaamah dalam perjuangan Islam ini tidak kira kami berada di wadah mana sekalipun.

7. Kami juga mengharapkan agar ukhuwwah sesama sahabat-sahabat di dalam Pas berkekalan, walaupun kita berbeza pandangan dan pendekatan.

Sekian, Terima Kasih

MOHD BURHANUDDIN BIN OTHMAN
Posted By 

No comments:

Post a Comment