Pages

Wednesday 5 August 2015

Tak masuk akai! Jika RM2.6 bilion untuk UMNO, Ngape Muhyiddin tak tau? Saya akan cari DALANG hingga ke lubang cacing? Huh!

Khamis, 6 Ogos 2015

SPRM - 'Demi Allah, saya akan cari dalang ke lubang cacing'



Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, individu yang disiasat termasuk orang nombor tiga dalam operasi khas SPRM, Roslan Che Amat, serta menyerbu pejabat mereka di Putrajaya, dipercayai berkaitan kertas pendakwaan bocor terhadap perdana menteri.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Polis setakat ini sudah menyiasat beberapa pegawai SPRM dalam operasi yang bermula awal pagi Sabtu lalu dengan penahanan timbalan pendakwa raya suruhanjaya itu, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Kesemua penahanan itu dibuat ketika ketua peseuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sedang bercuti.

Bahri turut disiasat pada Isnin lalu

- mkini

Jika RM2.6 bilion untuk UMNO, kenapa Muhyiddin tidak tahu?

PETALING JAYA: Mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tahu sumbangan RM2.6 bilion disumbang ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak jika ia digunakan untuk UMNO, kata Rafizi Ramli.

Naib Presiden PKR itu merujuk kepada penjelasan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam wawancara di RTM1 pada Selasa yang memberitahu wang itu digunakan untuk menampung perbelanjaan parti untuk pilihan raya.

“Dalam wawancara dengan TV1 semalam, beliau (Rahman Dahlan) menggunakan alasan bahawa Selangor berada di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang menyebabkan Najib memerlukan sumbangan sehingga RM2.6 bilion untuk menampung perbelanjaan.

“Bagaimanakah dengan perbelanjaan kempen sebegitu besar BN masih gagal memenangi kembali Selangor?

“Malah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Najib bukan sahaja kalah besar di Selangor, BN turut kalah besar di Pulau Pinang dan gagal merampas Kelantan.

“Kerusi Parlimen BN juga turut susut,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sekiranya setiap calon BN dalam PRU13 telah membelanjakan sumbangan itu, ini bermakna setiap calon BN telah melanggar peraturan pilihan raya dan kerusi mereka telah dimenangi secara tidak sah.

Sehubungan itu, Rafizi menyifatkan penjelasan Rahman dalam wawancara itu tidak masuk akal.

Dia menyarankan Najib berterus terang kerana semakin banyak penjelasan dibuat semakin membuka ruang kontroversi.
Posted by Kedah Lanie

No comments:

Post a Comment