Pages

Sunday 23 August 2015

[Video] 151 AJK PAS Kelana Jaya, Subang Jaya lepas jawatan, sertai GHB hari ini.

Ahad, 23 Ogos 2015
151 AJK PAS Kelana Jaya, Subang Jaya lepas jawatan


Ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim (kedua dari kiri) semasa di sidang media di restoran di Shah Alam hari ini.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2015.

Ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim (kedua dari kiri) semasa di sidang media di restoran di Shah Alam hari ini. 

PAS hari ini menyaksikan peletakan besar-besaran jawatan tertinggi di peringkat kepimpinan Selangor yang membabitkan kawasan Kelana Jaya dan cawangan Subang Jaya bagi menyertai parti serpihan, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim berkata, tindakan itu membabitkan 87 jawatan di peringkat PAS kawasan, manakala di Subang Jaya, sebanyak 64 jawatan dilepaskan. "Peletakan jawatan berkuatkuasa hari ini dibuat bersama dengan 18 orang lagi ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kelana Jaya bagi sesi 2015 dan 2017.

"Selain itu, timbalan ketua muslimat, bendahari dan 2 lagi AJK Dewan Muslimat PAS kawasan turut sama meletakkan jawatan. "Naib ketua Pemuda serta 3 lagi AJK Dewan Pemuda PAS kawasan juga meletakkan jawatan," kata Isham pada sidang media di Shah Alam hari ini. Katanya, peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini dan notis akan diserahkan kepada PAS Pusat pada esok hari.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka hanya meletakkan jawatan dalam parti sahaja tetapi semua mereka yang terlibat masih kekal sebagai ahli PAS.

Beberapa hari lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama 183 lain mengumumkan pelepasan jawatan parti mereka bagi tujuan yang sama.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment