Pages

Monday, 31 August 2015

[Video] BERSIH 4.0 SOLIDARITY SKYDIVE dari udara Kansas, Amerika Syarikat...Anti-Bersih ada berani ka?

Isnin, 31 Ogos 2015

Himpunan Bersih 4 di ruang udara Kansas

terjun2
Dua penerjun udara membentangkan kain rentang Bersih di ruang udara Kansas. - Sedutan daripada YouTube
Lain daripada yang lain. Ketika ribuan orang menyertai himpunan Bersih 4 dengan berarak ke Dataran Merdeka, seorang rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat menggunakan cara unik untuk menunjukkan solidaritinya terhadap Bersih 4.

Lelaki itu menzahirkan sokongannya kepada Bersih 4 melalui aktiviti payung terjun bersama rakannya, dengan membentangkan kain rentang Bersih di ruang udara Kansas.

Rakaman video lebih tiga minit itu dimuat naik Teo Kwang Peng ke laman YouTube, bagi menunjukkan sokongan kepada himpunan Bersih 4 yang berlangsung di Malaysia serta beberapa lokasi di negara lain.

“Objektif utama di sebalik video ini adalah untuk menambah kepelbagaian promosi Bersih kita dan sasaran saya adalah kumpulan rakyat yang masih teragak-agak untuk menyertai himpunan Bersih.
“Pergilah keluar menyertai Bersih. Dengan ribuan saudara bersama, anda tidak perlu berganjak walau seinci pun dan suara kita akan didengari,” katanya.

Keberanian pemuda itu terjun dari ketinggian 10,000 kaki di ruang udara, turut mendapat pujian pengguna media sosial lain.

“Anda sungguh berani!! Sangat bangga dengan kamu!” komen Venus Cassie.

“Terima kasih atas sokongan walau di mana jua anda berada. Ini demi negara Malaysia ke arah lebih baik, untuk generasi kita akan datang!” kata Ga Weng Yau.

Rakaman video itu diakhiri dengan kata-kata daripada penerjun udara itu: “Saya KP Teo, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan salam Bersih dari udara Kansas, Amerika Syarikat.”

Rakaman video itu telah ditonton 5,821 kali dan mendapat 104 like.

Anti-Bersih rancang anjur himpunan sejuta orang

IMG_7170

Jamal berkata, perhimpunan Bersih 4 "membazikan masa rakyat" dan "tiada matlamat". - Foto TRP/ Mokhsin Zamani

No comments:

Post a Comment