GHB vs PAS @ GHB dan PAS..!!!!
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..
GHB dan PAS
Saya sengaja tidak menggunakan tajuk GHB vs PAS,sebab realitinya memang bukan PAS musuh GHB.
Melihat serta mendengar hujah kedua-dua pihak saya berharap ada persefahaman yang boleh dicapai. Setidak-tidaknya belajar untuk menyerang musuh utama iaitu UmnoBN. Disaat rakyat semakin sengsara ada dikalangan kita yang terus berpolimek dalam hal permasalahan rakyat. Ada yang lantang menyerang GHB, dan lunak dengan yang dulu dikatakan musuh utama politik mereka.
Dasar GHB adalah memperjuangkan Islam yang syumul yang benar-benar membawa maksud sebenar Rahmatan Lil Alamin. Jadi mengapa ada keperluan ianya ditentang hingga ada yang mengeluarkan kenyataan menghalalkan darah mereka.
Disaat ucapan wakil-wakil tertinggi GHB cuba untuk tidak membakar sentimen yang ditinggalkan dalam muktamar lepas,pimpinan tertinggi PAS seolah-olah terus memainkan isu kecewa,tunduk pada DAP, umpama tiada isu lain yang lebih besar untuk dilaungkan.
Saya sempat hadir dalam sesi pengenalan kepada GHB oleh beberapa pimpinan seperti saudara Suhaizan Kayat,Yb Khalid Samad,mereka minta elak untuk bertelagah dengan yang ingin terus bersama PAS. Memang dalam ucapan mereka ada menyentuh tentang PAS,namun ia sekadar menjawab tuduhan kepada mereka.
Akhirnya saya ingin meninggalkan tuan-tuan dan puan-puan dengan satu buah fikiran. PAS bertindak menyerang GHB adalah atas dasar tidak mahu ahli PAS terpengaruh dengan GHB, namun ambil sedikit masa berfikir, setiap figura politik pasti ada penyokong dan peminatnya,sudah pasti apabila mereka bersama wadah baru,bala tentera ini pasti bersama, dan jika ada figura dalam PAS yang mengisytiharkan diri bersama Umno, mereka juga pasti membawa penyokong mereka bersama. Biarkan ahli memilih,keluar PAS bukanlah bermakna keluar agama,sama juga dengan Umno,tidak bersama Umno bukan bermakna tidak lagi melayu.
Muhammad Syafiq Bin Azmi
Penyokong #HarapanBARU
KedahLanie.
KedahLanie.
No comments:
Post a Comment