Pages

Saturday 15 August 2015

[Video] Mat Sabu akui #GHB diperalat #DAP...Betul, hang nak kata apa? DAP pulak nafikan...

Ahad, 16 Ogos 2015
http://4.bp.blogspot.com/-twZgsy4Xrsg/VbXJCI6ubEI/AAAAAAAApl8/fTdYFvJjG5o/s1600/20150726_172950.jpg

Mat Sabu akui #GHB diperalat #DAP | Video



DAP nafi suruh GHB rujuk mereka untuk laksanakan HUDUD, tapi perlu pinda Perlembagaan Persekutuan di Parlimen


DAP nafi memberi syarat kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) sekiranya mahu membawa agenda hudud dalam Pakatan Rakyat 2.0 perlu mendapatkan kelulusan parti itu terlebih dahulu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada jawatankuasa sementara GHB, yang bakal berdaftar sebagai parti politik.

“Saya tidak cakap begitu. Saya cakap kita belum bincang lagi. Ini agenda jahat portal berkenaan untuk memburukkan GHB. DAP sentiasa menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kita tidak pernah pertikaikan,” katanya dalam kenyataan balas yang dimuat naik dalam laman sosial facebook beliau hari ini.

Sebelum itu, dalam laporan satu portal berbahasa Melayu itu, Anthony turut dilaporkan berkata, walau apa pun hasrat GHB itu dalam meneruskan agenda hudud, perlu terlebih dahulu dibawa ke meja rundingan bersama DAP.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, pelaksanaan hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan kerana undang-undang jenayah adalah di luar bidang kuasa mahkamah syariah.

“Nak laksana hudud bukan kena bincang dengan DAP, tetapi perlu pinda Perlembagaan Persekutuan di Parlimen. Untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, rang undang-undang tersebut perlu sokongan lebih dua per tiga Ahli-ahli Dewan Rakyat. Itu hakikat dan proses undang-undang,” katanya.--MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment