Pages

Wednesday, 16 September 2015

Amanah mesti menjadi 'pemburu' anjing gila dan babi..."tidak kira di mana berada".

Khamis, 17 September 2015

Adalah diharapkan Amanah tidak menjadi 'anjing' yang hanya tahu menyalak 'babi' di atas bukit.

Wfauzdin Ns


Ini bukan muktamar atau Kongres Rakyat, jauh sekali himpunan merah.

Hari ini, Pelancaran Parti Amanah Negara peringkat Kebangsaan. Parti "nyamuk' yang dibidani oleh Mat Sabu ini baru berusia beberapa hari saja tapi telah memiliki jiwa yg besar apabila bersedia menerima sesiapa saja termasuk parti lamanya untuk bersama dalam Pakatan 2.0 nanti. Malangnya, pihak di sana agak sukar menerima kehadiran parti ini.

Walau bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan, adab juga akhlak, Parti Amanah ini sependapat dengan KEADILAN untuk 'mempelawa' Pas bersama atas prinsip rejim harus dijatuhkan melalui muafakat semua parti Pembangkang dan Ngos. Masalah satu pihak yang merasakan kekuatan bersendirian itu kita serahkan kepada mereka. Memang terlalu sukar untuk memikirkan bagaimana mereka boleh bersama Amanah kerana gelaran \pengkhianat' yang telah mereka berikan pada Amanah. Lojik akal, tidak mungkin satu parti Islam boleh bertahalluf dengan 'pengkhianat'. Tapi tidak mustahil ada "ijtihad' baru nanti.

KEADILAN pun begitu. KEADILAN tahu di peringkat akar umbi, mereka sudah serik. Tapi, satu2nya kelemahan pimpinan KEADILAN adalah mereka suka "berbaik sangka' walaupun bila di tahap keterlaluan berbaik sangka, ahli2 di bawah jadi meluat. Salah satu sebab aku masih yakin dengan pendekatan KEADILAN ini adalah kerana masih ramai pimpinan utama di dalam KEADILAN yang siang malam membantu Amanah. Walaupun telah di"ugut' jika KEADILAN membantu Amanah, Pas akan memutuskan hubungan dengan KEADILAN, namun kita tetap ada prinsip iaitu sesiapa saja yang ingin melawan rejim Umno/Bn boleh kita berkawan. Cuma yang tidak pasti, apa prinsip mereka selepas KEADILAN terang-terang membantu Amanah?

Syabas kepada Amanah. Satu lagi parti Islam yang ingin merealisasikan Islam yang syumul akan berada di dalam saf Pakatan 2.0. Pendekatan Amanah "Serulah ke arah Tuhanmu dengan Hikmah dan bijaksana serta ihsan" adalah sejajar dengan ajaran Islam. Kehadiran pada hari Pelancaran Amanah ini amat di luar jangkaan di dalam masa yang sama himpunan merah diadakan.

Adalah diharapkan Amanah tidak menjadi 'anjing' yang hanya tahu menyalak 'babi' di atas bukit. Amanah juga tidak perlu menjadi seperti 'babi yang berada di atas bukit. Amanah mesti menjadi 'pemburu' anjing gila dan babi tidak kira di mana berada.

 
 
 

1 comment:

  1. Aji Presideng kata Anjing yang salak babi atas bukit.. Ari ni kan dah MAKBUL.. ramai dah kena gigit anjing. Semua manusia, takde satupun babi.

    Adik main angry bird, watak babi sumer hijau, abis KO kena baling.. .. gurau jer... wekkk.

    ReplyDelete