Pages

Thursday, 17 September 2015

[Video] 'Bermandi Darah'? Melayu Rasis...MCA, Gerakan and DAP see red, file police reports.

Khamis, 17 September 2015
MCA, Gerakan and DAP see red, file police reports
Malaysiakini



Adakah ini melambangkan himpunan perpaduan..???? Apa tindakan kerajaan Malaysia.. tiap2 hari kempen perpaduan rakyat di laungkan.. tp kerajaan x halang perkara mcm ni dri berlaku.. MALAYSIA OH MALAYSIA...



Dap arah polis...kahkahkah mmg lawak... Sah umno berjaya memomokkn org melayu...



agak melucukan tetapi macai mungkin tak faham dan tak kan pernah faham... kehkehkeh




Sehari selepas Himpunan Maruah Rakyat berakhir semalam, balai polis pula menjadi tumpuan pihak yang terasa dengan apa yang berlaku semalam.
Di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng muncul membuat laporan kerana mendakwa acara digelar "himpunan baju merah" itu bersifat perkauman.
"Kami meminta polis menyiasat pelbagai kenyataan dan kata-kata provokasi terhadap kaum dan agama lain yang dilakukan oleh peserta himpunan baju merah," katanya kepada pemberita diluar balai polis itu.
Beliau turut mendesak agar pihak polis menangkap peserta perhimpunan yang mencederakan anggota polis dengan objek keras.
Lim yang mendapat pendidikan undang-undang itu berkata peserta perhimpunan semalam juga menggelar anggota polis yang bertugassebagai "barua Cina".
"Saya turut meminta polis menyiasat plakad fitnah yang dibuat oleh sesetengah peserta himpunan itu yang mengaitkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan insiden 13 Mei," katanya.
Tiada kena mengena
Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP Wilayah Persekutuan, Dic Lai Chun Chian pula membuat laporan mengenai peserta perhimpunan yang membawa plakad mendesak kerajaan memasuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Kata Lai, plakad seumpama itu sepatutnya tidak dibawa dalam perhimpunan tersebut.
"Ia tidak sepatutnya dijadikan satu bahan sewaktu pengajur kata perhimpunan aman itu berlaku," katanya.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada jam antara 1.30 sehingga 2 petang ini.
Semalam pemimpin Pemuda MCA turut mengemukakan aduan kepada polis atas tindakan peserta perhimpunan yang didakwa mereka menghasut.
Naib Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong berkata peserta perhimpunan itu membawa sepanduk memaparkan kata-kata meminta SJKC dihapuskan.
Himpunan Maruah Rakyat dianjurkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan sebagai tindak balas terhadap BERSIH 4 yang didakwa mereka menghina pimpinan negara.
Antara insiden yang menaikkan kemarahan mereka ialah tindakan beberapa peserta BERSIH 4 memijak gambar - diubah suai - memaparkan Datuk Seri Najib Razak berpelukan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kata Wong perhimpunan berkenaan tidak ada kena mengena dengan isu SJKC.
[Berita lanjut menyusul]
Malaysiakini


No comments:

Post a Comment