Pages

Saturday, 5 September 2015

"Dah dapat jadi TPM, (dapat pula) jadi Timbalan Presiden Umno barulah SEDAP,"...Pasir Salak di belakang Zahid?

Sabtu, 5 September 2015

Pasir Salak di belakang Zahid

Ketua Umno Pasir Salak Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman hari ini menyatakan sokongannya serta bahagian itu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden Umno.
Kenyataan itu dibuat ketika khabar angin mengenai 'pemecatan' penyandang jawatan itu ketika ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Datuk Seri Zahid jadi bakal timbalan presiden, setuju tak?" tanya beliau kepada perwakilan dan pemerhati mesyuarat agung Umno Pasir Salak hari ini.
Sialan itu kemudian disambut kira-kira 1,000 hadirin yang berkata serentak: "Setuju!"
"Dah dapat jadi timbalan perdana menteri, (dapat pula) jadi timbalan presiden barulah sedap," katanya.
Ahmad Zahid yang hadir untuk merasmikan mesyuarat itu kemudian tersenyum lebar.
Tajuddin adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Malaysiakini difahamkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempersiapkan diri menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Rabu ini.
Ia adalah mesyuarat MT pertama diadakan sejak Datuk Seri Najib Razak memecat Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada kabinet.
Sejak beberapa hari lalu tersebar khabar angin mendakwa kedua-dua bekas menteri itu - serta sejumlah pemimpin lain dalam Umno - akan dipecat.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata, kawasan Pasir Salah adalah istimewa kepadanya kerana ia adalah kampung neneknya.
Dalam ucapannya pula Ahmad Zahid juga mengumumkan kerajaan pusat bersetuju meluluskan peruntukan RM400 juta bagi membina jambatan yang menghubungkan Pasir Salak dengan Bagan Datoh - kawasan parlimen diwakili beliau sendiri.
"Doa orang Pasir Salah dan Bagan Datoh dan termakbul," katanya.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment