Pages

Saturday, 26 September 2015

Selangor - Mengapa orang 'parti tok usin' enggan letak jawatan? AZMIN yang pintar atau PEMIMPIN PAS tidak bermaruah?

Ahad, 27 September 2015

AZMIN PINTAR ATAU PEMIMPIN PAS YANG TIADA MARUAH?


Postingnya lucu tetapi padat dengan sindiran.

Untuk memudahkan pembacaan, Yong copy paste semula tulisan Tok Usin UG Ceroi dengan struktur ejaan yang betul. Tok Usin jangan marah yer! Pembaca Yong ada yang sudah jadi warga emas dan sukar memahami bahasa singkatan.


Ramai cucu tok tanya pendapat tok tentang pendirian MB Selangor yang kata Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Selangor. Azizah pun kata kerajaan Selangor di bawah Azmin masih kukuh kerana masih dapat majoriti sokongan dalam DUN.

Pendapat tok gini. Tindakan Azmin itu sebenarnya untuk memalukan parti tok. Kenapa tidak? Pakatan Harapan telah diwujudkan tanpa parti tok. Patutnya parti tok sedar diri termasuk semua exco di Selangor dan ADUN2 di Selangor.

Apa patut parti tok buat jika parti tok ada maruah? Pertamanya, semua ADUN parti tok istihar tarik diri dari menyokong Azmin sebagai MB Selangor. Kedua, semua Exco dari parti tok meletakkan jawatan dari kerajaan Selangor termasuk mereka yang memegang jawatan dalam syarikat GLC di Selangor.

Tindakan Azmin ini tok lihat amat bijak untuk memerangkap parti tok. Kenyataan Azizah ini juga bijak kerana menyerahkan kembali bola ke kaki parti tok. Sekarang, rakyat nak lihat sejauh mana maruah yang ada pada parti tok?

Kalau semua ADUN dan Exco parti tok buat selamba saja dengan keputusan Pakatan Harapan yang terang jelas singkirkan parti tok, ertinya parti tok memang gila kuasa dan jawatan, dan sanggup jadi parti tak bermaruah serta terhegeh2 di Selangor.

Tok rasa Pakatan Harapan memang sengaja lakukan semua ini untuk menunjukkan betapa parti tok memang takde maruah diri. Tak sedar orang sudah tidak mahu tapi masih tak berani nak keluar dari menyokong Azmin. Azmin pun cerdik, dia tak mahu dilihat menghalau. Azmin juga mahu lihat sejauh mana maruah parti tok.

Bagi tok, sesiapa yang marah kat Azmin mereka tak tahu stail Azmin yang pintar politiknya. Yang nampak bodoh adalah parti tok yang tebal muka masih mahu bersama PKR.

Baru kita faham, di mulut sebut jihad dan perjuangan Islam, tapi maruah terlalu rendah bila takut nak letak jawatan..

********************

Kalau tak faham atau kalau takut hilang jawatan, jangan jadi ahli politik. Rakyat melihat dan menilai apa yang kamu cakap dan yang buat.

BILA LAGI? (UTUSAN)

Kedudukan jawatan di Pulau Pinang yang sudah terang, kerana Ketua Menterinya DAP pun enggan letak jawatan! Inikan pula di Selangor!

Ini bukan soal ulama atau bukan ulama. Ini soal maruah. 

JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN.


No comments:

Post a Comment