SIMULASI RAFIZI RAMLI TEMPANG!
Rafizi Ramli dilaporkan berkata PKR telah membuat simulasi dengan PAS bertanding tiga penjuru.
Hasilnya PKR hilang banyak kerusi Parlimen serta Amanah cuma menang satu.
Saya ingin memberitahu simulasi PKR/Rafizi Ramli itu tidak tepat dan jauh dari sasaran.
Mengapa?
Kerana simulasi tersebut dilakukan dlm keadaan para responden pengundi Melayu menganggap PAS masih boleh menang kerusi dan membentuk kerajaan.
Apabila PAS tidak ada dlm PR2.0 kelak dan menjadi partai kera sumbang, maka tahap sokongan kepada mereka akan menurun dengan begitu rendah sekali.
Ini kerana umat Melayu tidak suka mengundi partai yang mereka tau akan kalah terutama di Pantai Barat.
PENGAJARAN DARI PRU 1986
Kali terakhir PAS bertanding sendirian tahun 1986, PAS hilang deposit di majoritas kerusi di Pantai Barat dan kalah di semua kerusi.
PAS hanya mampu menang beberapa kerusi di PAntai Timur dan Utara Kedah sahaja kerana di kawasan2 tersebut persepsinya adalah PAS mampu menubuhkan kerajaan.
Pada tahun 1986, kalau diikutkan di Pantai Timur dan Kawasan Utara PAS mampu mendapat purata 30-40% undi. Tapi melangkah sahaja ke Pahang dan Perak, undi Melayu yg PAS dapat menurun begitu rendah sehingga rata2 PAS hilang deposit ataupun sipi2 nak hilang deposit.
PENGUNDI PEMBANGKANG LEBIH BENCI BN DARI SAYANG PAS
Lagi satu faktor Rafizi Ramli terlupa untuk ambil kira adalah kebencian pengundi2 Melayu pembangkang kepada BN.
Di semua kerusi yg berlaku tiga penjuru di Pantai Barat, hanya Kota Damansara sahaja yang PAS mampu mempengaruhi keputusan sebagai calon ketiga.
Di kerusi2 lain, PAS hilang deposit atau PKR juga hilang deposit di Terengganu.
Di Kota Damansara faktor sebenar adalah di saat akhir disebarkan khabar kononnya Dr Nasir telah menarik diri dan hanya PAS sahaja mewakili PR.
Hasilnya ramai di Kota Damansara yg telah mengundi PAS marah dengan PAS. Mereka ditipu oleh jentera2 PAS dengan dakwaan PKR telah menarik diri.
Kalau org2 Din Ayam tidak menipu nescaya PKR mampu menawan kerusi Kota Damansara.
Atas sebab ini jugalah pengundi2 PAS keluar beramai2 di PRK Permatang Pauh walaupun telah ada arahan tidak rasmi dari Presiden untuk memboikot Wan Azizah Wan Ismail.
ORANG MELAYU RATA2 TIDAK SEDAR PAS SUDAH JADI PARTAI KERA SUMBANG
Orang Melayu sekarang ini rata2 tidak sedar PAS telah menjadi partai kera sumbang.
Mereka masih ingat PAS sebahagian dari Pakatan Rakyat serta mampu memenangi kerusi dan membentuk kerajaan.
Apabila tertubuh sahaja PR2,0 maka org2 Melayu akan mula sedar PAS sudah hilang "releven" dan hanya menuju menjadi sebuah parti nyamuk. Di kala itu kita akan lihat penurunan sokongan yg begitu mencuram kepada PAS.
"WINNABILITY" FAKTOR TERBESAR MENENTUKAN HALA TUJU UNDI ORANG MELAYU
Faktor WINNABILITY adalah faktor terbesar menentukan hala tuju undi orang2 Melayu.
Kalau sesuatu parti itu jelas tidak boleh menang, maka pengundi2 Melayu lebih suka duduk rumah dan tidak keluar mengundi dari mengundi parti pembangkang.
Tidak ada budaya undi protes dalam sejarah orang Melayu. Orang Melayu hanya akan mengundi parti2 yang mereka anggap boleh menang dan membentuk kerajaan.
Atas sebab inilah simulasi Rafizi Ramli itu simulasi tempang dan tidak boleh dijadikan rujukan yg jitu.
Bak kata Augustine Paul, "its not relevant".
Lagipun pilihanraya lambat lagi. Masa 2 tahun adalah amat panjang dalam politik.
Banyak perubahan boleh dilakukan terutamanya dlm keadaan UMNO terus berpecah dan harga komoditi yang semakin rendah dan tidak nampak jalan akan naik dlm masa terdekat.
TULANG BESI
No comments:
Post a Comment