Pages

Tuesday, 15 September 2015

[Video] Terkini! Baju Merah Sudah Mula Mengganas? Kebanyakan Melayu tak sokong perhimpunan baju merah!

Selasa, 15 September 2015


Kebanyakan orang Melayu tak sokong perhimpunan baju merah, kata tinjauan

Hanya 24% daripada 516 responden Melayu yang ditinjau berkata, mereka memihak kepada perhimpunan baju merah, yang dikatakan diadakan bagi menebus maruah bangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 15 September, 2015.
Hanya 24% daripada 516 responden Melayu yang ditinjau berkata, mereka memihak kepada perhimpunan baju merah, yang dikatakan diadakan bagi menebus maruah bangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 15 September, 2015. 

Hanya 24% daripada 516 responden Melayu yang ditinjau berkata, mereka memihak kepada perhimpunan tersebut, yang dikatakan diadakan bagi menebus maruah bangsa.
54% daripada responden berkata, mereka tidak menyokongnya, manakala 22% tidak pasti, menurut kajian itu yang dijalankan mulai 10 September hingga tengah hari 15 September.
Merdeka Center berkata, penyokong perhimpunan itu dikelaskan mengikut jantina, bandar dan luar bandar, serta garis sosio-ekonomi.
Perhimpunan itu kebanyakannya mendapat sokongan golongan lelaki – 31% berbanding 17% wanita, mereka yang lebih tua – 27% responden berumur lebih 40 berbanding 22% di bawah 40, dan mereka yang mempunyai akses kepada Internet – 25% berbanding 22% tanpa akses Internet.
Menariknya, 56% responden, yang mengaku penyokong Barisan Nasional (BN) berkata, mereka tidak menyokong perhimpunan tersebut.
Keadaan ini walaupun Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa semua yang menyokong kerajaan untuk menyertainya, manakala Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak menghalang mana-mana ahli Umno daripada menghadirinya.
60% penyokong pembangkang dan 51% responden yang tidak pasti berkata, mereka tidak memihak kepada perhimpunan tersebut, kata Merdeka Center.
Ditanya mengapa mereka menyokong perhimpunan tersebut, 24% memberi alasan yang terdiri daripada mahu menjaga maruah orang Melayu (17%), memaparkan sokongan kepada kerajaan, BN atau Umno (2%) atau membantah Bersih 4 (1%).
Manakala, di kalangan mereka yang tidak menyokongnya, 19% berkata ia kerana perhimpunan tersebut akan mewujudkan huru-hara, 13% mengatakan ia tidak mempunyai objektif yang jelas, dan 7% mengatakan ia akan mewujudkan ketegangan kaum.
"Pada pendapat kami, kajian ini yang menyusul satu kajian sebelum ini berkaitan perhimpunan Bersih 4 pada 29 Ogos, mendedahkan yang sebahagian besar responden Melayu tidak tertarik kepada isu yang dipromosi pihak penganjur kedua-dua perhimpunan," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan akhbar.
"Pengundi Melayu pada masa ini sebahagian besarnya lebih prihatin terhadap isu asas seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan perniagaan serta impak daripada cukai barangan dan perkhidmatan."
Katanya, hasil kajian menunjukkan, peratusan peserta perhimpunan itu nanti akan mencerminkan usaha mobilisasi penganjur, bukannya "penyertaan menyeluruh daripada pengundi Melayu".
Responden dari seluruh negeri dan wilayah di Semenanjung Malaysia ditemu bual melalui telefon untuk kaji selidik itu, kata Merdeka Center.
Kumpulan seni mempertahankan diri Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) menganjurkan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu, juga digelar "perhimpunan baju merah", di Kuala Lumpur esok.
Perhimpunan itu dilaporkan bagi bertindak balas kepada Bersih 4 hujung bulan lalu, di mana majoriti peserta terdiri daripada bukan Melayu.
Selepas pada mulanya mengisytiharkan ia menyalahi undang-undang, polis kini membenarkan perhimpunan itu diadakan selepas penganjur mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok untuk berhimpun. – 15 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kebanyakan-orang-melayu-tak-sokong-perhimpunan-baju-merah-kata-tinjauan#sthash.WWgl4prn.dpuf

No comments:

Post a Comment