Amanah wujud 22 bahagian di Selangor
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bersama pimpinan pakatan pembangkang di majlis ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini. - Foto Facebook Parti Amanah Negara
“Parti Amanah Negara (Amanah) wujudkan 22 bahagian di negeri Selangor.”
Perkara itu diumumkan Pengerusi Amanah negeri Selangor, Ir Izham Hashim dalam ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.
Menurut Izham, Selangor akan menjadi contoh kepada negeri lain kerana Amanah yang baru ditubuhkan itu tidak mahu dianggap sebagai parti yang menumpang.
“Selangor perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain kerana Selangor mengambarkan Malaysia,
“Sasaran ahli Amanah di Selangor sahaja adalah 22 ribu ahli daripada sasaran keseluruhan 100 ribu yang ditetapkan oleh Presiden Parti Mohamad Sabu sehingga akhir tahun ini,” katanya.
Dalam pada itu, Izham turut menyentuh Amanah di Selangor akan menjadi pelengkap kepada Pakatan Harapan bagi menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum ini.
Katanya, merujuk kepada kajian Merdeka Center dan UMCEDEL mengenai keputusan pilihan raya umum lalu, kelemahan Pakatan Rakyat tidak dapat memenangi PRU-13 adalah ikatan longgar gabungan itu.
“Pakatan Harapan akan mengambil iktibar dari kelemahan Pakatan Rakyat, pandangan skeptikal pengundi berdasarkan kajian Merdeka Center dan UMCEDEL, gabungan yang longgar adalah punca pembangkang tidak berjaya memenangi PRU-13,” katanya.
Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ceramah tersebut bermula pada jam 8.30 malam menjadi ruang mendekati penduduk Petaling Jaya mengenali Amanah dengan lebih dekat.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/04/amanah-wujud-22-bahagian-di-selangor/#ixzz3ndzXofkG
No comments:
Post a Comment