#TPPA : Apa Yang Perlu Anda Tahu & Apa Pandangan Tun Mahathir Mengenainya
Memandangkan isu TPPA semakin hangat diperkata ramai sudah tiba masanya orang ramai diperjelaskan apa itu TPPA dan apa pandangan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai isu ini.
Artikel ini mengambil kira pandangan Mahathir Mohammad kerana beliau seorang bekas Perdana Menteri dan tentunya arif mengenai politik dunia.
Apa itu TPPA
TPPA adalah singkatan bagi Trans-Pacific Partnership Agreement, satu perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan melibatkan 11 negara lain termasuk Malaysia.
Negara Terlibat
Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat. Perlu ditekankan, China tidak termasuk dalam perjanjian ini.
Apa tujuan TPPA
TPPA membolehkan setiap negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli lain. Ini bermakna TPPA akan mengurankan halangan perdagangan dan mewujudkan satu standard yang sama kepada 12 negara yang terlibat.
Apa yang tidak kena dengan TPPA?
Apa yang menimbulkan persoalan tentang TPPA adalah semua perbincangan dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian itu dimeterai.
Tentangan terhadap TPPA
Selain dari Malaysia, TPPA juga mendapat tentangan hebat dari rakyat negara yang terlibat termasuklah Amerika sekalipun. Di internet banyak laman web yang diwujudkan bertujuan menceritakan keburukan TPPA. Lihat sahaja gambar-gambar perhimpunan yang membantah TPPA di laman Google images.
Apa kebaikan TPPA
TPPA membolehkan produk/servis dari Malaysia menembusi pasaran negara ahli dengan lebih mudah. Dengan bahasa mudah, skop perniagaan para peniaga akan menjadi lebih luas.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Mustapha Mohamed, hasil rundingan dengan semua pihak, duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan dibawah TPPA.
"Pada dasarnya, hasilnya akan menyediakan peluang akses pasaran yang lebih besar bagi syarikat-syarikat Malaysia, terutamanya di pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru yang mana Malaysia tidak mempunyai FTA.
"Pengeksport Malaysia akan mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing serantau dalam mengeksport produk dari sektor elektrik dan elektronik, bahan kimia, barangan minyak sawit, keluaran getah, barangan kayu, tekstil, dan juga bahagian dan komponen automotif.
"Semua ini merupakan eksport utama bagi Malaysia dan menjana sejumlah besar pendapatan bagi ekonomi negara dan mengambil ribuan rakyat Malaysia sebagai pekerja,"katanya memetik laporan mStar Online.
Selain itu beliau juga turut menegaskan isu sensitiviti di Malaysia turut diambil kira dalam perjanjian itu termasuklah isu bumiputera.
Apa keburukan TPPA
Sudah tentu jika pasaran semakin meluas, persaingan juga menjadi lebih tinggi. Selain itu, setiap negara mempunyai isu-isu mereka tersendiri. Jadi, dengan mengimplementasikan satu standard yang sama kepada kesemua negara mungkin akan menyebabkan isu lain yang timbul. Namun, keburukan masih lagi belum terzahir memandangkan ia masih belum diimplementasi. Bagaimanapun, bagi yang ingin tahu pandangan 'skeptikal' yang wujud terhadap TPPA boleh ke pautan laman web New Zealand ini : http://itsourfuture.org.nz/
Maklumat bocor
Setiap perkara yang 'rahsia', sudah tentu akan ada yang bocor. Memetik laporan dari Washington Post pada 2013, ini antara perkara yang termaktub dalam TPPA :
— Intellectual property: The leaked intellectual property chapter revealed that the U.S. has been pushing stronger copyright protections for music and film, as well as broader and longer-lasting applicability of patents. It would also make the approval process more difficult for generic drug makers and extend protections for biologic medicines, which has concerned several members of Congress. Public health and open internet groups have campaigned hard for years around these issues, and public intellectuals like Joe Stiglitz have warned against using the treaty to "restrict access to knowledge."
— State-owned enterprises: Many TPP governments, in particular Vietnam, Singapore and Malaysia, essentially own large parts of their economies. Negotiations have aimed to limit public support for these companies in order to foster competition with the private sector, but given the U.S.' own government-sponsored enterprises — Fannie Mae, Freddie Mac, the U.S. Postal Service — they probably won't go too far.
— Market access: Though the treaty envisions dropping all tariffs, tensions remain between the U.S. and Japan over support for both of their agricultural sectors, as well as Japan's willingness to accept U.S.-made automobiles.
— Investor-state dispute resolution: Most modern free trade agreements include some mechanism for investor parties to sue governments directly for failing to abide by the terms of the agreement, which some public interest advocates worry will have a chilling effect on domestic regulation aimed at consumer and environmental protection.
— Tobacco: Originally, the U.S. had proposed that tobacco be treated differently than other kinds of goods, in that countries would have permission to restrict its importation and sale. This summer, it executed something of an about-face, which alarmed anti-smoking advocates who worry that tobacco companies will continue to sue nations for passing laws that heavily tax cigarettes or ban certain kinds of advertising.
Apa pandangan Mahathir terhadap TPPA
Pada 2013, Mahathir mengkritik TPPA dengan menyifatkan perjanjian itu sebagai perkongsian tidak sama rata.
"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis beliau di blognya.
"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar.
"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998,"
Pada 2015, Mahathir sekali lagi mengkritik perjanjian itu dengan meyatakan ia satu konspirasi.
Bagaimanapun, pada 2013 anak Mahathir, Mukhriz Mahathir, bercanggah pendapat dengan bapanya dengan menyatakan beliau yakin dengan jaminan yang diberikan oleh kerajaan.
Sumber :
1 - http://www.washingtonpost.com/news/wonkblog/wp/2013/12/11/everything-you-need-to-know-about-the-trans-pacific-partnership/
2 - https://en.wikipedia.org/wiki/Trans-Pacific_Partnership
** artikel ini bertujuan untuk menjelaskan apa itu TPPA dan apa isu yang menyelubungi TPPA. Artikel ini juga bersifat neutral dimana hanya menjelaskan.
** artikel ini mungkin tidak lengkap, jadi anda mungkin boleh menyumbang di ruangan komen. Sila sertakan sumber sekali ya :).
No comments:
Post a Comment