Pages

Tuesday 20 October 2015

Jerebu: 2,528 Sekolah Tutup Rabu...Senarai sekolah yang ditutup esok, 21 Oktober 2015

Selasa, 20 Oktober 2015
Sekolah Tutup Esok Rabu 21 Oktober 2015

Senarai Sekolah Tutup Esok Rabu 21 Oktober 2015

Jerebu: Sekolah di Selangor; Putrajaya; KL; Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan, Lubok Antu (Sarawak); Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung, Tanjung Malim (Perak); Kuala Muda, Yan (Kedah) ditutup esok (Rabu) - Kementerian Pendidikan Malaysia
- Bernama

Jerebu: 2,528 Sekolah Tutup Rabu


PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Sejumlah 2,528 sekolah di kawasan terjejas jerebu ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat diarahkan tutup Rabu.

Sekolah terlibat ialah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu (Sarawak); Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan Tanjung Malim (Perak) serta Kuala Muda dan Yan (Kedah).

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya hari ini berkata penutupan itu melibatkan 1.73 juta murid.

Sementara itu, sekolah di Melaka; Negeri Sembilan; Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak (Sabah); Muar, Ledang, Segamat (Johor) yang ditutup hari ini dibuka seperti biasa Rabu.

Setakat pukul 5 petang tadi, 25 kawasan masih mencatat bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu Pelabuhan Klang (178), Shah Alam (160), Kuala Selangor (140) serta Banting dan Petaling Jaya (134).

Kawasan lain ialah Sek Keb Jalan Pegoh, Ipoh dan Batu Muda, Kuala Lumpur (127), Seri Manjung (124), Jalan Tasek, Ipoh (120), Sungai Petani (119), Tanjung Malim dan Putrajaya (118), Tawau, Port Dickson dan Jerantut (114), Perai (113), Bukit Rambai dan Kuala Terengganu (112), Seremban (111), Cheras, Kuala Lumpur (109), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (108) dan Alor Setar, Nilai (107), Taiping (103) dan Bandaraya Melaka (102).

-- BERNAMA
ps1

JEREBU BUKAN PENGHALANG

Pesawah di Hutan Kampung dekat Alor Setar Kedah menanam anak padi dalam keadaan jerebu di kawasan itu mencapai paras tidak sihat Foto:MOHD KHAIRUL FIKRI OSMAN

No comments:

Post a Comment