Pages

Saturday 10 October 2015

Jika PKR kekal bersama PAS...Diramalkan Umno dapat 12+14+15=41 DUN! Bersedialah UMNO?

Ahad, 11 Oktober 2015

Bersediakah UMNO Untuk Ambil Alih Selangor?

Kami di 4th Force dapat maklumat ini.

Pengundi Cina rata-rata dah mula bagi amaran.

Jika PKR berkeras juga untuk bersama PAS, orang Cina tidak akan beri undi dah. Semua Parlimen dan DUN di Selangor yang PR/PH menang adalah disebabkan oleh bantuan dari pengundi Cina yang agak tinggi. PAS nampaknya tetap tak bagi undi pada kita.

Saya ramalkan, jika PKR kekal bersama PAS, banyak Parlimen dan DUN yang menang sedia ada akan kalah. Nak tambah menang atau nak yang menang pada PRU13 kalah pula pada PRU14.

Nak data bukti, bila-bila masa pun saya boleh bagi. Bukan ada sedikit bukti dan data tapi ada berlambak. Terutamanya dalam kawasan bandar dan semi bandar.

Average ahli PAS, 5% dari Melayu. Kekuatan PAS dah tinggal 1/3 sahaja. Ada 2/3 dah lompat ke AMANAH. Kalau PKR bersama PAS pun, mereka takkan bagi undi pada PKR.

Tambah kemenangan tak mungkin tanpa sokongan pengundi cina.

Jika PKR terus bersama PAS, Saya ramalkan UMNO Selangor akan dapat 12 + 14 DUN PKR + 15 DUN PAS = 41 DUN!

Jadi bersediakah UMNO untuk ambil alih Selangor?
Posted by 

No comments:

Post a Comment