Pages

Sunday 11 October 2015

Kedudukan Rafizi dalam parti tidak terancam, kata Azmin

Ahad, 11 Oktober 2015
Ada pihak yang tidak puas hati dengan setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli, atas peranan beliau dalam pembentukan dan pengumuman Pakatan Harapan yang, mengikut beberapa pihak, dilakukan tanpa mengikut proses parti yang sewajarnya. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.

OLEH RAM ANAND

Walaupun wujud laporan yang mendakwa kedudukannya terancam berikutan rasa tidak puas hati dengan cara beliau mengendalikan hal ehwal parti, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak dibincangkan.
"Ini tidak benar sama sekali. Ia tidak dibangkitkan atau dibincangkan dalam mesyuarat ini," katanya, sambil menambah, "Ini adalah fitnah yang dibuat musuh politik kami."
Sebahagian daripada rasa tidak puas hati yang diperkatakan itu adalah mengenai peranan Rafizi dalam pembentukan dan pengumuman Pakatan Harapan, yang menurut dakwaan sesetengah pihak, dilakukan tanpa mengikut proses parti yang sewajarnya.
Rafizi, yang juga naib presiden parti, dilihat rapat dengan presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu, Azmin yang juga menteri besar Selangor, dilihat berada dalam kem yang berbeza daripada Rafizi.
Terdapat laporan yang bekas ahli Parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, akan dilantik sebagai setiausaha agung jika Rafizi disingkirkan. – 11 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kedudukan-rafizi-dalam-parti-tidak-terancam-kata-azmin#sthash.cHuSCwTQ.dpuf

No comments:

Post a Comment