"Bila PAS nak di laksanakan "Arahan" Mursyidul Am ni..?
Oleh abuamar
"BERKATA Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din : Hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya PKR menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Katanya lagi, kenyataan Anwar Ibrahim berhubung pembentukan muafakat pembangkang yang baru "menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan PAS"."Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri .
KINI PKR telah pun bersekutu dgn DAP dan PAN (GHB) dan membentuk “PAKATAN HARAPAN RAKYAT”. Lalu PAS bagaimana?
1. Bila lagi PAS mau tendang PKR dan bentuk “kerajaan PAS di Selangor?”.
2. Bila lagi PAS mau tendang DAP dan bentuk “kerajaan PAS di penang?”.
3. Apakah PAS dah mula ingkar dan DERHAKA kpd Mursyidul Am?
Adakalanya kita bercakap tak serupa bikin atau bikin tak serupa dg apa yg kita cakap atau Bercakap dulu baru berfikir atau berfikir dulu, kemudian tak bercakap.."
Kedah Lanie
Kedah Lanie
Kau Ini Bagaimana?
Bila aku masih di situ
engkau bilang aku Jebon, aku parasit, aku barua, aku tolol
Kau ini bagaimana?
Bila aku masih di dalam parti itu
engkau bilang aku nyamuk, dan ingin halau aku keluar
Kau ini bagaimana?
Bila aku keluar engkau bilang
parti sudah bersih, ahli parti sudah ditapis
Kau ini bagaimana?
Bila aku bersama rakyat sertai BERSIH
engkau bersama UMNO tuduh aku ini balaci Cina, balaci DAP
Kau ini bagaimana?
Tapi aneh aku temui Sdra Idris di sana
Balaci jugakah dia itu?
Aku juga temui Tuan Ibrahim berbaju BERSIH
tapi sekadar menyertai BERSIH dari dalam rumahnya...
Kau ini bagaimana?
Sekarang kau bilang kononnya parti semakin kuat
kau bilang lebih ramai kini yang menyertai partimu
Bila aku bersama rakan tubuh parti baharu
Mula-mula kau bilang itu demokrasi
Kini kau tiba-tiba kau tuduh
aku ini pengkhianat dan perlu dihapuskan
Kau ini bagaimana?
Agama ini siapa yang empunya?
Tuhankah atau engkaukah?
Kau ini bagaimana?
Apakah kau bermaksud
menyamakan parti dengan agama?
Kau ini bagaimana?
Sedangkan agama itu satu, parti itu banyak
Seperti dulu-dulu, kau kafirkan orang yang tak menyertai partimu...
Kau ini bagaimana?
Dan kini engkau terus bersama orang yang kau kafirkan dulu
menghentam dan menuduh aku balaci Cina
Kau ini bagaimana?
Aku senyum sahaja
dan hanya dapat bersimpati sekolam rasa
kerana aku tahu ada tanda tekanan jiwa
dan ada penyakit sedang bernanah di hati sana...

Posted By Green Boc
No comments:
Post a Comment