Pages

Tuesday 20 October 2015

Mahfuz - Alasan Hadi tak boleh diterima...lengahkan membentang akta Hudud di parlimen

Rabu, 21 Oktober 2015

Alasan Hadi tak boleh diterima untuk lengahkan membentang akta Hudud di parlimen

Hudud: Dibicarakan di mahkamah bukan alasan untuk akta tidak dipinda - Mahfuz

https://lh3.googleusercontent.com/3meXDk91LMe7n7ECir2_gIjfR23QVlHxbt71oRQStJv9iTdnB9Pw_53-zmZIZjxyrRxH2T3HpChm21cEuA
KUALA LUMPUR: Kes berkaitan hudud yang sedang dibicarakan di mahkamah tidak seharusnya menjadi penghalang untuk sesuatu akta itu dipinda atau diluluskan, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berpandangan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia boleh meluluskan usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 berkaitan hudud.

"Bagi saya tidak seharusnya kes yang berada di mahkamah itu menjadi penghalang kepada institusi pembuat undang-undang paling tinggi dalam negara kita (Parlimen).

"Speaker harus membuat peraturan untuk menegaskan bahawa proses di mahkamah itu satu perkara yang tidak boleh menghalang speaker atau Parlimen untuk menggubal atau meminda apa-apa undang-undang," kata Mahfuz ketika ditemui Astro AWANI.

Beliau memberi contoh kes berkaitan Profesor Azmi Shahrom yang menyaman kerajaan berkaitan Akta Hasutan masih lagi boleh dibahaskan dan dipinda di Parlimen.

"Contoh, saya kata pindaan Akta Hasutan juga melalui proses yang sama di waktu Prof Azmi Shahrom menyaman pihak Kerajaan dan kita ahli-ahli Parlimen telah bertemu dengan Speaker untuk menyatakan bahawa adalah tidak wajar untuk pindaan itu dibentang atau diteruskan kerana takut apa jadi nanti dengan keputusan mahkamah.

"Tetapi akhirnya Speaker yang berkuasa terus membenarkan Akta Hasutan itu dipinda walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan yang dibuat oleh Prof Azmi Shahrom itu dibuat dalam tempoh dua minggu yang lalu," katanya.

Justeru, Mahfuz menegaskan tidak harus ada mana-mana pihak menggunakan alasan untuk tidak membawa usul tersebut ke Parlimen.

Sebelum itu, di lobi Parlimen, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usul rang undang-undang persendirian yang dibawanya bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan hanya akan dibawa semula ke Parlimen selepas selesai proses mahkamah.

Beliau bagaimanapun berkata tiada tarikh yang ditetapkan untuknya membawa usul berkenaan.

"Kita hanya akan boleh kemukakan usul pindaan rang undang-undang berkenaan selepas proses mahkamah selesai.

"Apabila proses mahkamah selesai kita akan pilih satu tarikh baru untuk mengemukakan semula usul pindaan rang undang-undang ke Parlimen nanti," katanya.

Jun lalu, empat individu memfailkan injuksi di mahkamah bagi menghalang Hadi daripada membawa usul persendirian bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan pindaan akta tersebut.

Injuksi itu difailkan Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin.

Selain Hadi, mereka turut menamakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Ronald Kiandee serta Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan.

Hadi kemudiannya mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi membatalkan injuksi berkenaan.
Kedah Lanie
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap dapat menghentikan tindakan undang-undang yang akan menghalangnya daripada membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015.

'Usul pinda Akta Mahkamah Syariah bab HUDUD perlu tunggu mahkamah' - Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan bahawa usul bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 hanya akan dibentangkan di Parlimen selepas proses mahkamah selesai dilakukan.

"Kita hanya akan boleh kemukakan usul (Rang Undang-Undang Persendirian) bagi meminda akta itu selepas proses di mahkamah selesai sebelum memilih tarikh baru untuk kemukakan semula usul untuk meminda akta itu," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan lobi Parlimen hari ini.

Pada 13 Oktober, Mahkamah Tinggi menetapkan 9 November ini untuk keputusan permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain bagi membatalkan saman empat individu berhubung pembentangan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dalam sidang Parlimen.

Pada 12 Jun lepas, empat individu itu menfailkan saman pemula bagi menghalang pembentangan rang undang-undang itu di Parlimen. PAS bagaimanapun mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi membatalkan injuksi berkenaan pada 2 Julai lepas.

- Bernama

Kedah Lanie


No comments:

Post a Comment