Sempena sokongan daripada Mufti Perlis, sekarang Nik Abduh sokong jugak... Terbukti ada pihak berniat jahat nak pakai isu ni serang LGE dan DAP.
Nik Abduh setuju larangan pembesar suara
KUALA LUMPUR - Tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang hanya membenarkan penggunaan pembesar suara untuk azan dan iqamah disokong Pemuda Pas berdasarkan sunnah Rasullullah.
Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, berdasarkan ajaran Islam, adalah tidak wajar mengganggu orang bukan Islam.
"Betul lah. Islam tidak mengganggu masyarakat lain," katanya.
Menurutnya, Pas telah membuat pendirian itu sejak dahulu lagi.
"Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan pendirian itu dan ianya tidak akan berubah," katanya.
Beliau berkata, perkara ini timbul apabila masyarakat bukan Islam menjadi majoriti negeri itu.
"Dari sudut siasah syariah, tindakan melarang masjid daripada membuat perkara yang mengganggu orang lain adalah betul," katanya.
Kedah Lanie.
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong cadangan Jawatankuasa Mufti Pulau Pinang untuk melarang pembesar suara di luar masjid dan surau di negeri itu kecuali untuk azan dan iqamah.
Katanya, menurut syariat Islam, hanya azan yang boleh diangkat suara (kuat) dan selain daripada itu tiada nas yang menyuruh orang Islam menguatkan suara bagi menjaga ketenteraman orang lain.
“Bahkan perbuatan mengganggu orang lain dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak,” katanya yang membuat penjelasan itu di Facebooknya.
Katanya, walaupun bacaan al-Quran dan zikir amat baik namun tidak boleh paksa orang lain mendengar bacaan itu.
“Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat (tidak boleh solat) seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain,” jelasnya.
Asri berkata, ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara kerana menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam.
“Ini menyebabkan mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih daripada lima minit,” katanya.
Katanya, Islam pun tidak membenarkan mengangkat suara bacaan ketika solat kerana bimbang mengganggu tumpuan orang lain yang sedang beribadat atau menyakitkan mereka.
“Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi orang lain, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya,”katanya.
Sehubungan itu, katanya, umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid.
Katanya, larangan itu bukan kerana isu politik semata-mata tetapi arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni kerana suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta kepada Islam sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.

Mufti Perlis sokong P. Pinang larang pembesar suara
Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta kepada Islam sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.

AlhamdulilLah.. last-last ada jugak kenyataan Nik Abduh Ayah Zid yang jujur berdasarkan 'ilmu. tq. cuma mintak satu lagi - tlg jangan serang ahli Parti Amanah baru betul-2 jujur. Kami hanya nak menentang kezaliman dan menunjukkan kebaikan Islam. Lagi afdhal kalu ustaz join PAN sekali. 01116915911
ReplyDeletemudah2n kita semua berjuang pada jalan yg sama walau dalam wadah yg berbeza
ReplyDeleteperbezaan itu sunatulloh