Pages

Sunday 11 October 2015

PKR mahu 'parti SAHABAT' henti balah, campur tangan...Antara yang diputuskan dalam mesyuarat MPP malam ini.

Ahad, 11 Oktober 2015

PKR mahu 'parti sahabat' henti balah, campur tangan


Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini menyeru kepada semua parti pembangkang supaya menghentikan perbalahan dan menyerang antara satu sama lain.
Pada masa yang sama, PKR berharap 'parti sahabat' turut harus menghormati perbedaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat yang lain.
Perkara itu antara yang diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang ini.
"PKR akan mengambil langkah-langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas.
"PKR komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
"PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu," kata MPP dalam satu kenyataan malam ini.
Dalam kenyataan itu juga menyebut, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kepimpinan pusat akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil menyeru kepada PKR supaya meninggalkan PAS sekaligus konsisten mengukuhkan gabungan baru pembangkang demi mengalahkan BN pada pilihan raya umum ke-14..
Ia susulan kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang percaya partinya akan terus mendapat kerjasama PAS walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan.
Faiz yang juga anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Nor turut mengingatkan mengenai "pengkhianatan" yang PAS lakukan terhadap PKR pada pilihan raya umum lalu.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment