Pages

Monday, 26 October 2015

RM40.8 juta kos digunakan bagi perjalanan jet peribadi PM untuk 6 bulan? Iskh, iskh! Jet 737-700 telah ditender 'pelupusan' MASIH TERBANG LAGI?

Isnin, 26 Oktober 2015

MASIH TERBANG LAGI..?? Hari tu menteri kata 'beli' jet mewah VVIP baru KERAjaan (9M-NAB) bernilai hampir SETENGAH BILION RINGGIT utk menggantikan pesawat Boeing Business Jet 737-700 (M53-01) atas faktor keselamatan pemimpin2 negara..

TETAPI setelah tender 'pelupusan' telah dikeluarkan pd Mac 2015 & TAMAT pd 2 Sept. KENAPA pesawat Boeing Business Jet 737-700 MASIH TETAP DIGUNAKAN SECARA AKTIF SEHINGGA KE HARI INI !!!

NAMPAK TAK !!! Penipuan besar-besaran terhadap rakyat...

p/s: Skrg ni pesawat tersebut sedang terbang dari Labuan (4.41pm) ke destinasi yg DIRAHSIAKAN !!!

PKR kata RM40.8 juta kos digunakan bagi perjalanan jet peribadi PM untuk 6 bulan..!!!

PKR anggar kos perjalanan jet peribadi PM bernilai RM40.8 juta untuk 6 bulan


 PKR menggesa menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi penerangan berhubung kos jet peribadi digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan mencecah RM40.8 juta dalam tempoh 6 bulan sahaja. – Gambar fail AFP, 26 Oktober, 2015. 
Kos keseluruhan perjalanan melibatkan jet peribadi baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Airbus ACJ320, dianggarkan sebanyak RM40.8 juta bagi tempoh 6 bulan sejak dibeli pada April lalu, dakwa PKR hari ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, anggaran kos itu meliputi kos sewa jet, penyenggaraan, operasi dan pengurusan serta kos perjalanan ke luar negara perdana menteri.

"Kalau jumlah ini tidak betul, maka saya mengalu-alukan menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menerangkan dan memberi jawapan betul," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 26 Oktober, 2015.
Kedah Lanie

No comments:

Post a Comment