Pages

Saturday, 3 October 2015

UPDATED - Sekolah diarah tutup selama dua hari 5 dan 6 Oktober 2015...GURU & MURID tidak perlu hadir ke sekolah. Owyeh! Yg lain 'nafas ikut insang' le...

Ahad, 4 Oktober 2015
Baca Kenyataan Rasmi Datuk Seri Mahdzir Khalid



Pengumuman: Semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah.


2. Sekolah-sekolah terbabit TIDAK PERLU menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini.


3. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.


Berita terkini senarai sekolah cuti jerebu 2 hari 5-6.10.2015 
13:05 Redaksi Admin 
Sekolah Cuti Jerebu 2015

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu sidang media yang diadakan pada pagi Ahad, 4 Oktober 2015 berhubung isu jerebu mengumumkan sekolah negeri terbabit dengan masalah jerebu yang serius akan di tutup dan pelajar diberi cuti selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) 

Bagaimanapun, sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah tidak ditutup dan sesi persekolahan berlangsung seperti biasa.

 Manakala sekolah di negeri Kedah, Terengganu dan Johor bagi sesi persekolahan petang pada hari ini, 4 Oktober 2015 (Ahad) turut perlu ditutup, semua pelajar dan guru tidak perlu hadir ke sekolah. 

Beliau turut memaklumkan sekolah-sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini ekoran masalah jerebu. 

Sementara itu, PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu. 

SENARAI NEGERI SEKOLAH DI TUTUP Semua sekolah di daerah dan negeri dilanda jerebu teruk yang diarahkan ditutup oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Isnin dan Selasa, 5 dan 6 Oktober 2015 adalah seperti berikut.

NEGERI 
1. Perlis 
2. Kedah 
3. Perak 
4. Kuala Lumpur 
5. Putrajaya 
6. Selangor 
7. Negeri Sembilan 
8. Melaka 
9. Johor 
10.Pahang 
11.Terengganu

SENARAI NEGERI SEKOLAH TIDAK DI TUTUP 
Berikut adalah senarai sekolah yang tidak ditutup dan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa

NEGERI 
1. Wilayah Persekutuan Labuan 
2. Kelantan 
3. Sarawak 
4. Sabah

Pautan Sumber: mysumber.com



Dah jam 12 lebih. Tengah kautime dgn JAS suh rendahkan bacaan IPU ke haper?
Paku Pakis
Paku Pakis segalanya lembab...menteri semua pakai insang..takda paru paru..jilake..

No comments:

Post a Comment