Pages

Monday 19 October 2015

Tahniah! Saifuddin dilantik Ketua Sekretariat PH...Menggubal satu Perjanjian Pakatan (Coalition Agreement) dan Dasar Bersama (Common Policies)

Selasa, 20 Oktober 2015
Saifuddin Abdullah dilantik ketua sekretariat Pakatan Harapan 
Datuk Saifuddin Abdullah dilantik ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.
Datuk Saifuddin Abdullah dilantik ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015. 

"Pakatan Harapan juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menggubal satu Perjanjian Pakatan (Coalition Agreement) dan Dasar Bersama (Common Policies) yang akan dianggotai 3 orang wakil setiap parti," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.
Saifuddin yang juga bekas ahli Parlimen Temerloh mengumumkan menyertai PKR di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya minggu lalu.
Tindakan itu dilakukannya kerana tidak berpuas hati dengan cara Barisan Nasional (BN) menguruskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. 
Tindakan itu menimbulkan kritikan hebat daripada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan parti Melayu itu tidak akan terjejas dengan tindakan Saifuddin kerana beliau tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, PKR dialu-alukan mengambil bekas timbalan menteri Umno itu kerana beliau berpendapat Saifuddin tentunya seseorang yang "bermasalah".
Saifuddin berkata beliau memilih PKR kerana ianya selari dengan aspirasi dan matlamat politiknya. – 19 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saifuddin-abdullah-dilantik-ketua-sekretariat-pakatan-harapan#sthash.yoLSvrur.dpuf

No comments:

Post a Comment