Pages

Saturday 10 October 2015

TANGKAP & GANTUNG individu bertanggungjawab kehilangan anak Orang Asli...Norieen lihat adik dibawa arus deras.

Ahad, 11 Oktober 2015
Jangan terlalu taksub, kait dengan unsur ghaib


DAP mahu Putrajaya tangkap, gantung individu bertanggungjawab kehilangan anak Orang Asli 
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang desak kerajaan gantung atau dakwa individu yang bertanggungjawab atas kehilangan 7 kanak-kanak Orang Asli di Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang desak kerajaan gantung atau dakwa individu yang bertanggungjawab atas kehilangan 7 kanak-kanak Orang Asli di Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015. 

Setakat ini, 4 daripada murid Sekolah Kebangsaan Tohoi yang berumur antara 7 dan 11 tahun itu, dilaporkan hilang sejak 23 Ogos, ditemui meninggal dunia.
Manakala 2 lagi ditemui pasukan penyelamat masih hidup, tetapi dalam keadaan lemah akibat kurang zat makanan dan dehidrasi.
Mereka ditemui di tebing Sungai Perias pada Jumaat.
"Mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kes kehilangan 7 kanak-kanak Orang Asli itu, dengan 5 kematian, patut digantung atau didakwa atas jenayah kecuaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu berasa malu atas apa yang berlaku kerana kanak-kanak itu dilaporkan cuba melarikan diri kerana takut dihukum selepas ditangkap berenang di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
"Rakyat Malaysia mesti berasa bersedih hati kerana sifat tidak berperasaan, tidak berperikemanusiaan, kecuaian dan ketidakcekapan itu boleh berlaku dalam negara yang moden ini, menyebabkan bencana manusia dan tragedi pada magnitud yang luar biasa,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah juga mengecam cara kerajaan bertindak balas dalam tragedi itu, menyifatkannya tidak memadai dan boleh menjadi bahan ketawa.
Lim berkata, jika anak-anak itu daripada komuniti Melayu, Cina atau India, ia pasti akan menimbulkan keributan dan kekecohan.
"Perdana menteri perlu menuntut penjelasan penuh daripada menteri mengenai apa yang mereka lakukan untuk menyelamatkan kanak-kanak Orang Asli yang hilang itu, dan jika mereka gagal memberikan penjelasan memuaskan untuk dimaklumkan kepada umum, mereka perlu dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya. – 11 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tangkap-gantung-individu-bertanggungjawab-kehilangan-anak-orang-asli-kata-d#sthash.2enAuUk1.dpuf

Norieen lihat adik dibawa arus deras, lapor akhbar
Kanak-kanak Orang Asli Norieen Yaakob yang selamat ditemui selepas hilang 48 hari di hutan menceritakan pengalaman sayu kepada ibunya, Midah Angah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.
Kanak-kanak Orang Asli Norieen Yaakob yang selamat ditemui selepas hilang 48 hari di hutan menceritakan pengalaman sayu kepada ibunya, Midah Angah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.

Norieen Yaakob, 10, menurut laporan Mingguan Malaysia hari ini, hanya mampu memerhati adiknya, Haikal, 8, berlalu pergi kerana kekuatan dirinya sendiri sangat terbatas ketika itu untuk menyelamatkannya.
Itulah kali terakhir dia dilaporkan melihat wajah adiknya yang sebelum itu mengadu terlalu lapar dan dahaga selepas berhari-hari tidak menjamah makanan.
Gambar Norieen Yaakob, 10, yang disimpan keluarganya dan ketika ditemui di akar pokok besar, kanak-kanak ini terlalu kurus. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.Gambar Norieen Yaakob, 10, yang disimpan keluarganya dan ketika ditemui di akar pokok besar, kanak-kanak ini terlalu kurus. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.Akhbar itu melaporkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira 14 hari selepas Norieen, Haikal, Linda Rosli dan Sasa Sobrie, serta 3 rakan lain, Mirsudiar Aluj, 11, Juvina David, 7, dan Ika Ayel, 9, melarikan diri dari Sekolah Kebangsaan Tohoi pada 23 Ogos lalu.
Pengalaman itu diceritakan Norieen yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baru kepada ibunya, Midah Angah, 40, dan bapa saudaranya, Herry Boy Angah, 20, malam tadi.
Norieen dan Mirsudiar ditemui pada sebuah pokok besar yang mempunyai lubang kecil di tanahnya.
Akhbar itu memetik Herry berkata, anak saudaranya menceritakan kepadanya bagaimana mereka mahu berpatah balik ke kawasan sekolah tetapi membatalkan hasrat itu kerana keletihan.
"Mereka bertiga kemudian berjalan kaki sehingga ke lokasi Norieen serta Mirsudiar ditemukan semalam (Jumaat), kira-kira 3 kilometer dari SK Tohoi, dan berteduh di kawasan tersebut.
"Bagaimanapun, beberapa hari lalu, Ika sudah tidak mampu bertahan akibat kebuluran dan meninggal dunia di sisi Norieen dan Mirsudiar.
"Kedua-dua kanak-kanak itu menjaga mayat Ika sehingga ditemukan semalam," Herry dilaporkan berkata.
Katanya, sepanjang tempoh tersebut, kanak-kanak malang itu tidak nampak kelibat pasukan penyelamat meskipun operasi mencari dilakukan di kawasan tersebut.
"Ketika operasi mencari, kanak-kanak ini mungkin terselit di celah akar pokok sehingga menyukarkan pihak berkuasa menemukan mereka.
"Pada masa sama, bunyi arus deras sungai itu juga menyebabkan kanak-kanak ini tidak mendengar jeritan pasukan penyelamat," katanya.
Sementara itu, ibu Norieen, Midah berkata, anaknya itu ada melarang adiknya daripada turun ke sungai tersebut tetapi kanak-kanak itu tetap berdegil.
Norieen, Mirsudiar dan 5 yang lain dikatakan melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dimarahi guru selepas ditangkap berenang di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
Selain Norieen dan Mirsudiar yang ditemui dalam keadaan selamat tetapi amat lemah dan mengalami dehidrasi yang teruk, polis setakat semalam, menemui 4 lagi mayat atau tulang serta tengkorak daripada rangka tubuh kanak-kanak.
Kecuali Sasa dan Ika, 2 mayat lagi masih belum dikenal pasti. – 11 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/norieen-lihat-adik-dibawa-arus-deras-lapor-akhbar#sthash.Zn0rqvif.dpuf

No comments:

Post a Comment