Pages

Friday, 2 October 2015

Topik hangat! Video Lauk Berulat & Industri Halal: Hubungan Dagang M'sia - China...Putrajaya bertindak berlebihan?

Sabtu, 3 Oktober 2015



Topik hangat hari ni

1 : Apa yang ahli pas si Nasarudin tu buat dengan Zahid tu?? Ada jawatan apa tu macam penting je..

2 : Bukankah umno boikot Cina ka?? Yang hegeh2 lagi dengan China kenapa?

Bincangkan...


DAP mahu mufti Perak nasihat timbalan menteri mahu ‘lempang Cina’ - themalaysianinsider

Putrajaya bertindak berlebihan panggil duta China, kata Dr Mahathir





Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Putrajaya bertindak berlebihan berkenaan komen berkaitan perkauman oleh Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Putrajaya bertindak berlebihan berkenaan komen berkaitan perkauman oleh Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
Putrajaya bertindak berlebihan apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, berhubung kenyataan yang dibuat beliau mengenai perkauman di Jalan Petaling, Jumaat lalu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Huang cuma mengulas soalan yang diajukan kepadanya mengenai "perhimpunan baju merah" yang dirancang diadakan di kawasan yang juga dikenali sebagai Chinatown itu pada Sabtu lalu tetapi kemudiannya dibatalkan.

"Saya rasa kerajaan bertindak berlebihan dalam perkara ini. Beliau pergi ke sana dan sudah tentu ada orang yang mungkin akan bertanya kepadanya, jadi beliau terpaksa jawab.

"Saya fikir hubungan antara China dan Malaysia adalah jauh lebih besar daripada sekadar kata-kata duta itu yang prihatin tentang isu perkauman yang sebenarnya digalakkan oleh kerajaan," kata Dr Mahathir kepada media selepas melancarkan Projek Pembelajaran Online Human Life Advancement Foundation (HLAF) di Kuala Lumpur, hari ini. 
 
Huang mencetuskan kontroversi apabila melawat Chinatown, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, di mana beliau dilaporkan berkata, Beijing menentang keganasan, pelampau dan sebarang bentuk diskriminasi berasaskan kaum.


No comments:

Post a Comment