Pages

Saturday 17 October 2015

[Video 60K] Antara Sembang Teh Tarik MIQDAD di Gopeng, Himpunan Fastaqim 60K & PAS Selangor Pulak Tak Wala Dengan Presidennya?

Sabtu, 17 Oktober 2015
SG ROKAM

Miqdad Zakaria

MIQDAD ZAKARIA, KETUA AMANAH PARLIMEN MARANG, LAGI TERUK KENA HENTAM.

Tindakan pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakibatkan perpecahan bukan saja di kalangan ahli dan pemimpinnya bahkan juga ahli keluarga pimpinan utama PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Haji Hadi yang berpangkalan di Rusila, Marang, Terengganu kehilangan keluarganya apabila anak saudara di sebelah isterinya, Miqdad Zakaria, dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang.

Pada 19 September, Miqdad bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua iaitu kawasan penempatan campuran antara Melayu dan Cina dalam kawasan Marang.

"Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan daripada segi akidah apabila ditanam seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad kepada The Malaysian Insider.

Rumah Miqdad hanya 200 meter saja dari Masjid Rusila dan juga rumah Hadi. Sejak sekian lama beliau adalah ahli jemaah masjid itu dan kekal hingga sekarang.

Namun Miqdad terpaksa membayar harga yang mahal dengan keputusannya menerima pelantikan sebagai ketua Amanah Marang, kawasan Parlimen yang diwakili Hadi, apabila beliau diboikot penyokong PAS di tempat tinggalnya sendiri.

"Saya akan hadapi semuanya walaupun pelbagai perkara dilakukan mereka (penyokong dan ahli PAS).

"Saya diboikot mereka, salam saya tidak berjawab, 24 surau dan masjid yang selama ini saya dijemput untuk memberikan kuliah sudah berhenti berbuat demikian," cerita Miqdad.

Sumber MI./ SISI BUKIT



PAS Selangor Tak Wala Dengan Presidennya?

Adakah tindakan PAS Selangor bawa maksud menentang Presiden? 
– Mohd Azhar Abd Rahman 


“Rakyat Kelantan ramai menyanjungnya kerana beliau dikatakan ulamak dan digelar Tok Guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan. Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak ke mana dan hukum hudud gagal dilaksanakan semasa hayatnya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun.” Ini adalah petikan tulisan Ibrahim Ali dalam statusnya di facebook selepas pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.

Berita Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi berpelukan dengan Ibrahim Ali bukan sesuatu yang sangat mengujakan dibincang kerana wajah PAS mutakhir ini menggambarkan mereka saling berpelukan cuma tidak dizahirkan seperti gambar yang menjadi viral sehari dua ini.

Pertemuan mereka pertemuan biasa. Perbincangan mencapai kata sepakat yang biasa. Cuma rentetan pertemuan itu hangat dibincangkan. Bagi setengan pihak, PAS mengambil keputusan itu sebagai provokasi halus kepada penentang dan boleh jadi sebagai bahan berita yang bakal menjadi polimik di kalangan lawan.

Jika disoroti rekod sebelum ini, banyak perkara memberi kesan langsung kepada PAS misalnya tahaluf siyasi semasa dalam Pakatan Rakyat, dan pelbagai perkara lain, PAS akan menggunakan Majlis Syura sebagai pemutus dan ahli-ahli di bawah perlu patuh sepenuhnya terhadap keputusan tersebut. Secara kebetulan juga setiap apa keputusan yang diambil Presidennya, Majlis Syura akhirnya akan bersetuju dengan tindakan itu. 

Merujuk kepada isu terbaru, yang memberi maksud PAS sedia bekerjasama dengan Perkasa atas tiga perkara yang mungkin sebagai permulaan untuk bekerjasama atas perkara yang lain selepas ini, PAS dilihat sudah mengambil satu langkah yang membuka ruang kepada tahaluf bersama Perkasa.



Perkasa bagi pendangan umum dikenali sebagai pertubuhan bercorak perkauman dan tujuan penubuhan juga menjengkelkan kerana semua yang diperjuangkan telah termaktub dalam Perlembagaan negara.


Maka Perkasa sebenarnya adalah imaginasi Ibrahim Ali yang mahu mengekalkan dirinya sebagai ‘seseorang’ selepas banyak onar yang telah dibuat dalam parti politik yang dibaiahnya termasuk PAS.

PAS semestinya sedia maklum, melalui pengalamannya lebih 60 tahun dalam politik di Malaysia akan kesan dan persepsi yang bakal diterima, berdasarkan sejarah pendirian mereka terhadap parti politik, NGO atau sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama dengan mereka.

Persoalannya kini, selepas pertemuan dan kenyataan pertemuan itu dikeluarkan, PAS Selangor tampil bertegas tidak bersetuju dengan tindakan bekerjasama dengan PERKASA. Ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya di kalangan ahli dan pihak luar PAS dalam tindakan tersebut.

Perkembangan ini memberi pengesahan bahawa banyak tindakan pemimpin tertinggi PAS tidak diketahui pemimpin lain dalam PAS.

Jika dilihat individu yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju itu, ia dikeluarkan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Naib Presiden PAS. hasil kempen di kalangan ulama PAS dan tersenarai dalam ‘cai’ yang tersebar di kalangan perwakilan semasa Muktamar Jun lalu.

Pihak lain yang turut memberi respon terhadap perkara ini ialah Mahfuz Omar, ahli jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik selepas muktamar yang lalu. Dipercayai ramai pimpinan lain tidak mengetahui perkara ini hingga kenyataan kerjasama itu dikeluarkan.

Persoalan lain yang menjadi tanda tanya, apakah tindakan PAS Selangor menentang kerjasama Perkasa turut diklasifikasikan menentang Presiden atau mungkin Majlis Syura?

Atau pertemuan ini dianggap sebagai perkara kecil oleh pimpinan tertinggi dan tidak perlu dibincangkan oleh Majlis Syura. Kalau begitu pendiriannya maka benarlah anggapan setengah pihak pertemuan itu hanyalah acahan Perkasa dan PAS kepada lawan politik mereka untuk melihat reaksi pihak lawan tetapi dianggap serius oleh PAS Selangor yang tidak dimaklumkan acahan tersebut lebih awal.

Apapun PAS dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam tindakan mereka supaya tidak memakan diri pada masa akan datang. Cukuplah dengan pergolakan besar yang berlaku sebelum ini walaupun dinafikan pimpinannya.

Jangan kerana hendak mencapai jumlah kehadiran yang tinggi dan menagih penyertaan Perkasa dalam perhimpunan yang bakal diadakan di Kota Bharu nanti, PAS sanggup mengenepikan prinsip dan mewujudkan pertembungan di kalangan pemimpin yang disahkan 100% pro ulama. 

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan...

Apabila telah dibelasah oleh netizen mengenai kerjasama PAS-PERKASA semalam, PAS menafikan berita-berita yang tersiar di dalam Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysian Insider. Setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang memang dikenali sentiasa membuat penafian apabila Presiden PAS terjerat dengan sesuatu isu, menukarkan perkataan "bekerjasama" dengan "bersetuju" - sedangkan di dalam konteks isu PAS-PERKASA kedua-dua kata perbuatan (verb) itu tidak ada bezanya.

Wartawan malaysiakini juga kesal dengan "penafian" Samsuri itu.


Dan mengenai isu PAS Selangor tak bersetuju untuk bekerjasama dengan PERKASA, ia merupakan sesuatu yang agak lucu dan pelik. PAS Pusat bertindak lain, PAS Selangor bertindak lain.

PAS Selangor tahu bahawa jika ia melakukan kerjasasama dengan PERKASA, habislah impian PAS Selangor di dalam PRU14 nanti walaupun untuk memenangi satu kerusi.

Ini kerana PERKASA dikenali oleh rakyat di pantai barat sebagai sebuah NGO yang rasis dan ekstrem yang sudah pasti sebarang kerjasama dengannya akan meletakkan PAS Selangor di dalam keadaan tersepi dan kritikal serta ditolak oleh rakyat Selangor.

Hal yang sama juga berlaku di dalam isu hudud. Tatkala PAS Pusat berhempas pulas kononnya memperjuangkan hudud (sedangkan yang sebenarnya bukan hudud tetapi hanya pindaan EKJS Kelantan), PAS Selangor mengambil sikap "tidak menyokong hudud" di atas alasan Selangor bersedia semata-mata untuk menjaga hati pengundinya disamping mengekal jawatan dan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.


Haru-biru PAS jadinya....

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Rakyat tidak dapat ditipu sepanjang masa walaupun PAS ada siku dan lutut, kerana rakyat pun ada siku dan lutut juga... Perjuangan assabiyah PAS-UMNO-PERKASA akan ditolak oleh rakyat di bumi dan di langit.

Rasulullulah SAW bersabda:

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” – ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman),
bukan dari kalangan kami mereka yangt berjuang di atas dasar assabiyah dan,
bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’
lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’


Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).
Dicatat oleh 

No comments:

Post a Comment