Pages

Thursday, 5 November 2015

1MDB: Arul!, Arul! Paling kurang, (Arul) perlu berani...Sia-sia bayar gaji kepada kamu! Rafizi akan desak Arul teruskan debat.

Khamis, 5 November 2015
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendesak Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy meneruskan debat kerana Arul mempunyai tanggungjawab memberikan jawapan kepada rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendesak Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy meneruskan debat kerana Arul mempunyai tanggungjawab memberikan jawapan kepada rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015. 

Rafizi akan desak Arul teruskan debat
OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Setiausaha agung PKR itu bagaimanapun berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Arul yang menolak mengadakan debat itu dengannya berikutan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini yang melantik beliau menggantikan Pua.
"Kami akan mendesak sehingga beliau bersetuju. Ini bukan perkara peribadi," kata Rafizi pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
"Mungkin kita tidak akan mengetahui kebenaran daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), atau 1MDB. Ini taktik membeli masa," katanya merujuk kepada jawatankuasa di bawah Parlimen itu yang dianggotai Pua.
Rafizi berkata, beliau dan Pua membangkitkan isu di sekitar dakwaan skandal membabitkan syarikat pelaburan negara sarat hutang itu sejak sekian lama.
"Pua dan saya bercakap tentang 1MDB sebelum Arul menyertai 1MDB," katanya yang juga ahli Parlimen Pandan.
Beliau yang juga naib presiden PKR itu berkata, Arul bertanggungjawab memberikan jawapan berhubung skandal 1MDB kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.
"Ini tindakan demokrasi. Paling kurang, (Arul) perlu berani. Sia-sia bayar gaji kepada beliau," katanya. – 5 November, 2015.
MENYUSUL LAGI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-akan-desak-arul-teruskan-debat#sthash.yIVKyL6j.dpuf

No comments:

Post a Comment