BEBERAPA pengunjung mandi-manda di kawasan air terjun Taman Rimba Templer, Rawang, Selangor.
Tidak ada parti dilarang bertanding, kata Adun PAS
OLEH YASMIN RAMLAN
Sebagai negara demokratik, tidak ada parti politik yang boleh dilarang daripada bertanding untuk mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata wakil rakyat PAS Zaidy Abd Talib kerana terpulang kepada rakyat untuk mengundi dan memilih. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.
Mengulas kenyataan DAP yang berhasrat bertanding di kerusi yang diduduki PAS Selangor ketika ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer itu berkata, hanya rakyat yang kini bijak menilai dan membuat keputusan, berhak menentukan Adun mereka.
"Setakat ini, dalam kerajaan, berjalan seperti biasa di Taman Templer. DAP menyasarkan Taman Templer sebagai salah satu tempat ia akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tetapi itu apabila musim pilihan raya.
"Buat masa sekarang, sebagai ahli PAS, (saya katakan) PAS dan DAP masih bekerjasama memastikan manifesto untuk pilihan raya.
"Saya wakil rakyat. Yang penting adalah rakyat. Sebab, yang menentukan adalah rakyat. Dan rakyat bijak menentukan siapa yang dipilih," katanya kepada pemberita di DUN Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua yang parti itu mungkin akan bertanding di 8 kerusi PAS di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan sudah bersedia ke arah itu.
Sebelum ini, Pua dilaporkan berkata, parti itu mungkin akan bertanding di 8 kerusi PAS iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.
Pengerusi DAP Selangor itu berkata demikian selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan di negeri itu walaupun Pakatan Rakyat kini berkubur.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya membantah hasrat DAP yang mahu bertanding di 8 kerusi DUN berkenaan.
Beliau memutuskan untuk mempertahankan semua kerusi tersebut pada PRU14 akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS.
Katanya, PAS sedia maklum DAP mahu merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian untuk mempertahankan kerusi berkenaan. – 3 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-ada-parti-dilarang-bertanding-kata-adun-pas#sthash.nasFENx1.dpuf
No comments:
Post a Comment