Hallo MP LANGKAWI..kamu ingat tiket tu naik 4sen satu trip ke..???
ذوالحزم شاريف
3 hrs · Kuala Lumpur ·
3 hrs · Kuala Lumpur ·
Punya la bodoh Ahli Parlimen Langkawi tu boleh dilantik jadi anggota PAC...... Apa lagi la nak harap kat depa ni.....
Dia kata tambang komuter tu naik 4 sen ja bukan banyak pon.....
Hahahahahahahahaa bengong... naik 4 sen sekilo meter pelaq oi... bukan 4 sen 1 trip.....
Dah bengong menyusahkan orang pulak... tu pon ada lagi Lebai kata baguih... sebab dia bkn DAP....
MANA RM2.6 BILION?
Kedah Lanie.
Tambang Komuter Naik 4 Sen Sekilometer, Maksimum RM7.10
KUALA LUMPUR,2 Nov (Bernama) -- Kadar tambang baharu perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) naik dari 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan mulai 2 Disember ini bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
Presiden KTMB Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata kadar kenaikan tambang baharu itu mengikut perjalanan stesen ke stesen, tetapi harga tambang komuter bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak mengalami sebarang perubahan.
"Kadar tambang baru ini adalah bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaran yang meningkat setiap tahun," katanya pada sidang media pengumuman kadar baru itu di Stesen KL Sentral di sini, hari ini.
Beliau berkata dalam struktur tambang baharu ini, KTMB juga memberi diskaun 20 peratus daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran tambang tanpa tunai (Touch' n Go).
Fambahnya diskaun sebanyak 24 peratus bagi tiket mingguan dan diskaun sebanyak 33 peratus untuk tiket bulanan.
Beliau berkata pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi juga layak menerima tambang konsesi sebanyak 50 peratus di bawah struktur tambang baharu itu.
KTM Komuter juga masih mengekalkan tambang konsesi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu 50 peratus daripada kadar tambang tunai baharu manakala kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah percuma.
Sarbini berkata pelaksanaan struktur tambang baharu itu berdasarkan kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta telah dipersetujui oleh Kabinet.
Katanya, pelarasan tambang kali terakhir bagi KTM Komuter adalah pada Februari 2003.
Beliau berkata KTM juga bakal menyediakan Automatic Fare Collection System (AFC) tahun depan, kemudahan jalur lebar wi-fi dalam tren dan kereta api elektrik berkelajuan 160km sejam bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Sementara itu, beliau berkata KTM telah mengaktifkan jawatankuasa banjir di Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan sebagai persediaan menghadapi musim banjir.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment