Keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak menyokong Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjsama dengan Barisan Nasional (BN), kata Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS jauh tersasar daripada kenyataan mereka untuk bersama parti pembangkang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015.
Enggan tolak Bajet 2016 bukti PAS bekerjasama dengan BN, kata DAP
Ketua menteri Pulau Pinang itu yang kesal dengan tindakan PAS untuk menolak Bajet 2016 sekaligus sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan parti Islam itu jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini untuk bersama parti pembangkang.
"Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan PAS, bukan sahaja rakyat Malaysia namun penyokong mereka.
Sinar Harian melaporkan hari ini PAS mengambil langkah berkecuali daripada parti pembangkang lain untuk menolak usul Bajet 2016 dibentangkan Najib yang juga menteri kewangan pada 23 Oktober lalu.
Hadi dilaporkan sebagai berkata, kesemua ahli Parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan keputusan ini. – 1 November, 2015.
MENYUSUL LAGI
No comments:
Post a Comment