Pages

Tuesday, 10 November 2015

[Video] ‘Haram makan telur penyu’...Memalukan Bila Menteri Tak Tahu Larangan Makan Telur Penyu

Rabu, 11 November 2015



‘Haram makan telur penyu’

telur penyu

WWF Malaysia sekali lagi mengulangi permintaan kepada kerajaan supaya mengenakan larangan penjualan dan pemakanan telur penyu, yang menunjukkan bahawa undang-undang perlindungan penyu di Semenanjung Malaysia tidak mencukupi. - Foto Bernama
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/08/haram-makan-telur-penyu/#ixzz3r9gkfXKJ

Memalukan Bila Menteri Tak Tahu Larangan Makan Telur Penyu


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, duduk semeja dengan tujuh lagi tetamu, termasuk wakil rakyat Sugut, Datuk James Ratib. — Foto ehsan Facebook


KOTA KINABALU, 10 Nov — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa beliau tidak sedar akan larangan memakan telur penyu, selepas tersebar gambar beliau dihidangkan telur spesies terancam itu.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata beliau tidak bertanggungjawab menyediakan menu makan malam itu dan menganggap tuduhan menyalahkan beliau sebagai tidak adil.

“Bagi saya yang penting, pilihan kita buat. Hendak makan, tidak makan,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Saya sebenarnya, saya terus terang, saya tidak tahu pun ada akta melarang. Tapi itu bukan isu bagi saya, itu bukan isu. Yang penting makan atau tidak.”

Ismail Sabri dikritik minggu lepas susulan gambar itu yang tersebar di Facebook, yang dikatakan diambil di satu majlis Umno di sebuah restoran di Sandakan.

Ia menunjukkan Ismail Sabri duduk di meja dengan sepinggan penuh telur penyu, namun tidak kelihatan beliau memakan hidangan tersebut. Beliau duduk semeja dengan tujuh lagi tetamu, termasuk ketua bahagian Beluran dan juga wakil rakyat Sugut, Datuk James Ratib.

- themalaymailonline.com/
BLM

No comments:

Post a Comment