Jenayah Umno/Bn pada Rakyat...!!!
'Ketua Umno Cawangan Gesa lebih ramai Ketua Umno tolak Najib'
KAJANG - Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed menggesa agar lebih ramai ketua cawangan Umno 'menyertainya' untuk meminta Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan serta-merta.
Rushdan berkata, sekiranya mereka (ketua-ketua cawangan Umno) tidak bertindak segera (meminta Najib melepaskan jawatan) maka berkemungkinan Umno akan ditolak dalam pilihan raya akan datang.
"Saya menyerulah kepada ahli-ahli Umno dan ketua-ketua cawangan Umno seluruh negara supaya kita lebih sayangkan parti berbandingkan kita sayang seorang pemimpin.
"Sebab bagi saya kalau kita ada duit berbilion pun tetapi kalau kita ditolak oleh rakyat dalam PRU14 sudah pasti tidak ada guna lagi. Sebagai contoh di Kelantan berpuluh tahun kita tidak dapat kembalikan ke tangan kita, Selangor pula sudah dua penggal bukan makin elok tapi makin teruk.
"Jadi saya menyeru sangat-sangatlah kepada ahli-ahli Umno dan ketua-ketua cawangan Umno seluruh negara supaya berdiri teguh meminta dan memohon Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib yang yang juga presiden parti kita untuk letak jawatan dengar serta merta," katanya dalam satu sidang media khas semalam.
Umno Cawangan Rista Villa Perdana adalah salah satu cawangan Umno dalam bahagian Sepang.
Turut bersama beliau semalam, antaranya wakil dari Umno Cawangan Taman Dengkil Jaya, Kampung Pulau Meranti, Taman Desa Dengkil dan Boundry Permai.
Dalam pada itu, Rushdan berkata oleh itu satu peralihan kuasa perlu dilakukan bagi memastikan Umno terus kekal relevan dan mendapat semula mandat majoriti daripada rakyat.
"Perlu diingat ketika mana pada awal peralihan kuasa Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi , jumlah undi naik mendadak, sedangkan pemerintahan Tun Abdullah 'teruk' tetapi rakyat hendak satu peralihan ini kerana apabila seseorang pemimpin itu dirasakan tidak lagi relevan jadi sepatunya dia digantikan,"
KedahLanie.
No comments:
Post a Comment